Friday, September 18, 2009
Monday, September 7, 2009
Saturday, September 5, 2009
SPM: Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010
Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2010.
Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;
- Kolej Profesional MARA (KPM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- German-Malaysian Institute (GMI)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Permohonan
- Permohonan boleh dibuat samada secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online atau memohon terus di IPMa yang berkenaan.
- Pemohon hanya boleh membuat permohonan dengan satu cara sahaja.
- Permohonan secara terus boleh dibuat seperti berikut:
• Hanya pada hari bekerja jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 hingga 4.00 petang.
• Program KPM: Di semua KPM yang menawarkan program berkenaan atau di Bahagian Pendidikan Tinggi
• Program KPTM: Di semua KPTM
• Pogram GMI: Di GMI
• Program KKTM & IKM: Di Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) sahaja
• Program UniKL: Permohonan secara online sahaja - Semasa memohon, perlulah membawa sijil asal dan salinan dokumen berikut;
• SPM / SPMV & sijil berkaitan
• Sijil kelahiran pemohon & ibubapa untuk pengesahan taraf bumiputera
• Kad pengenalan
SPM: Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010
Tarikh tutup permohonan bagi program pengajian Asasi/ Diploma/ Pra Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah 16 September 2009 (12:00 malam) dan bagi Profesional dan Lepasan Ijazah adalah 30 September 2009 (12:00 malam).
Maklumat lanjut berkenaan pengambilan sesi Disember 2009 UiTM boleh diperolehi di laman web UiTM Online dan Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Tarikh tutup untuk menghantar permohonan adalah pada 30 September 2009.
Maklumat mengenai kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan masuk sila rujuk di laman web UIAM Admisions and Records Division.
Universiti-Universiti di Malaysia (IPTA)Maklumat di atas diperolehi daripada laman-laman web IPTA yang berkenaan. Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
PMR: Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Tahun 2010
Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) adalah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2009.
Maklumat
Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Syarat Am
- Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2009.
- Warganegara Malaysia.
Permohonan
- Pemohon boleh memuat-turun borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03).
- Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
- Sel Pemilihan,
Maktab Tentera Diraja,
Kem Sungai Besi,
57000 KUALA LUMPUR
- Sel Pemilihan,
- Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan.
- Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.
Tarikh Tutup
- Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 25 Sept 2009. Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
- Sekiranya tiada jawapan sehingga 27 Nov 2009, permohonan dianggap tidak berjaya.
Friday, September 4, 2009
SPM: Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Januari 2010
Maklumat
Sila rujuk laman web Politeknik KPT untuk mendapatkan maklumat lanjut.Permohonan
- Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (online) melalui laman web http://www.politeknik.edu.my/eborangpoli/logineborang.aspx kecuali bagi lulusan Pendidikan Khas KPM.
- Permohonan Sesi Julai 2009 yang memenuhi syarat dan masih belum mendapat sebarang tawaran akan diproses semula bersama-sama dengan permohonan Sesi Januari 2010.
- Pemohon baru dan pemohon Sesi Julai 2009 boleh membuat kemaskini maklumat permohonan mereka sebelum tarikh tutup.
- Pemohon baru perlu membeli nombor PIN yang berharga RM6.00 di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan.
- Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.
Tarikh Tutup
- Permohonan ini akan ditutup pada 18 Oktober 2009.
Keputusan permohonan Politeknik KPT kemasukan Sesi Januari 2010 dijangka akan diumumkan pada 9 November 2009.
Thursday, September 3, 2009
PERMOHONAN KE TING 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH(SBP) 2010
ANDA AKAN DAPAT LAMAN WEB SEPERTI DI BAWAH
(klik pada gambar untuk besarkan)1. Salinan 1 untuk pengetua
2. Salinan 2 untuk PPD Kota Tinggi
3. Salinan 3 untuk Kaunselor
4. Salinan 4 untuk Pelajar
Monday, April 6, 2009
Tarikh Keputusan Permohonan Ke Matrikulasi Sesi 2009
Para lepasan SPM 2008 yang telah membuat permohonan ke Matrikulasi KPM Sesi 2009/2010 dijadualkan boleh menyemak keputusan permohonan mereka pada 17 April 2009 ini bagi program satu tahun.
Mereka yang berjaya akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 11 Mei 2009. Di sana satu Program Minggu Pengurusan Pelajar Baru akan berlangsung selama tujuh hari.
Mereka yang tidak berjaya boleh membuat rayuan mulai 17 April sehingga 30 April 2009. Keputusan permohonan rayuan dijangka akan diumumkan pada 22 Mei 2009.
Mereka yang berjaya dalam proses rayuan ini akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi masing-masing di antara 25 Mei sehingga 29 Mei 2009. Mereka yang menangguhkan pengajian dan pelajar yang mengulang juga akan mendaftar dalam tempoh yang sama.
Sementara itu mereka yang diterima masuk ke Matrikulasi bagi program dua tahun pula akan mengetahui keputusan permohonan mereka pada 3 Jun 2009. Mereka yang berjaya perlu datang mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditentukan pada 15 Jun 2009.
Semua semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi sesi 2009 ini boleh dibuat di laman web Pra Universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saturday, March 28, 2009
PROGRAM E-BEST DI DEWAN ORANG RAMAI SG MAS
Sekarang sedang berlangsung program kerjaya yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar mulai 27.03.2009 hingga 29.03.2009 di Dewan Orang Ramai Sg Mas bermula dari pukul 9.00 pagi hingga malam kot...tah tak pasti plak...petang agaknya
Di situ terdapat banyak agensi pendidikan, Jabatan Tenaga Manusia dll lagi untuk anda menyambung pelajaran...CIDB...Politeknik pun ada...tinggal bawak duit jer... beli borang.
Selain daripada tu...bagi pelajar-pelajar yang belum bukak akaun SSPN pun bleh bukak kerana kaunter disediakan untuk buka akaun SSPN...Saya tak pasti plak bank apa ek!
Jadi jangan lepaskan peluang kerana program tu sampai HARI AHAD SAHAJA (29.03.2009)
Kalau dah sampai sana, tak ada apa-apa nak buat masuk ler pertandingan mewarna...jgn lupa bawak kaler lilin sekali masa datang nanti yer!
CEPAT-CEPAT JANGAN TINGGALKAN PELUANG YANG ADA BERHAMPIRAN DENGAN ANDA KERANA BUKAN SEMUA PELUANG AKAN DATANG 2 KALI DALAM HIDUP KITA
Thursday, March 26, 2009
SIJIL LCCI BAGI PELAJAR 5 PRINSIP AKAUN 2008
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PELAJAR-PELAJAR 5PA YANG MENDAPAT KREDIT DALAM MATAPELAJARAN PRINSIP AKAUN BOLEH MENDAPATKAN SIJIL LCCI MEREKA SEBAGAIMANA MAKLUMAT DI BAWAH:
TEMPOH PERMOHONAN : 30 HARI SELEPAS PEPERIKSAAN SPM DIUMUMKAN
SYARAT :
SEDIAKAN WANG POS BERNILAI RM25.00 ATAS NAMA PENGARAH PEPERIKSAAN
4 SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN SALINAN KAD PENGENALAN YANG TELAH DISAHKAN
4 SALINAN BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI YANG TELAH DILENGKAPKAN
Saturday, March 21, 2009
IPTS DAN KOLEJ
Rasanya dah lama saya tak buat apa-apa untuk anda...
namun....
di sini saya senaraikan beberapa kolej yang mungkin anda berminat untuk memohon secara online....
Cubalah....... mudah-mudahan anda dapat terus belajar dengan usaha saya yang sedikit ini.
KOLEJ IKIP..........http://marketing.ikip.edu.my/marketingv4/online/form_app.php
KOLEJ PTPL ...........http://www.ptpl.edu.my/ptpl_oa/oa_form.php
KOLEJ RISDA .........http://www.kolejrisda.edu.my/borang_permohonan/application%20form.pdf
KOLEJ LIM KOK WING........http://www.limkokwing.net/pdf/application_form/malaysia.pdf
KOLEJ YAYASAN MELAKA......http://portal.kym.edu.my/online/Daftar/
KOLEJ SHAHPUTRA......http://www.kolejshahputra.edu.my/online/borangpermohonan.php
KOLEJ NEGERI.......................http://www.kolejnegeri.edu.my/sistemonline/Utama.htm
KOLEJ UEM.......http://www.kyuem.edu.my/prospective.student.application.php
UniKL..........http://www.online.unikl.edu.my/admission/newapplication.html
BAGI SETIAP PERMOHONAN KURSUS SEMAKAN HENDAKLAH DI MQA SUPAYA KURSUS-KURSUS YANG DIPOHON DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA
Thursday, March 19, 2009
SEMAKAN KURSUS-KURSUS YANG DIIKTIRAF

ii. Memudah cara pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan
Wednesday, March 18, 2009
PERMOHONAN KE INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Institut Profesional Baitulmal(IPB) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan ( YWP ).
Program Usahasama UiTM
PD003]Pra Perdagangan
[CS110]Diploma Sains Komputer
[AC110]Diploma Perakaunan
[BM111]Diploma Pengajian Perniagaan
[AC120]Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
PERMOHONAN KE KOLEJ KOMUNITI SELURUH MALAYSIA BAGI PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA SESI JULAI 2009
Anda dikehendaki mendapatkan nombor PIN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional sebelum memasuki/mengisi e-Borang Kolej Komuniti .Sila gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan kepada permohonan yang telah dihantar.
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak
Tuesday, March 17, 2009
Permohonan ke UNITEN Bagi Lepasan SPM 2008

If you want to submit an application for the current intake please follow the steps below:
You need to have a valid e-mail account. If you do not have an e-mail account, you can obtain one from Yahoo!
CLICK HERE to register. Your password to access this system will be e-mailed to you upon successful registration.
After you have received your password (Kindly refer to the e-mail we have sent to you) you may begin to apply by keying in your username and password.
http://apply.uniten.edu.my/apply/
Monday, March 16, 2009
Permohonan ke Universiti Teknologi Petronas Bagi Lepasan SPM 2008

Malaysian (Application for SPM)
Visit This Site For More Information
http://www.utp.edu.my/admissions/howUnder.php
Application for students with Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 results for May 2009 Intake is opened from 11 March 2009 (Wednesday) until 17 March 2009 (Tuesday – 5.00pm).
Saturday, March 14, 2009
PERMOHONAN KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN)
PERMOHONAN KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP)
Calon-calon boleh memohon dengan mengisi borang atau melalui permohonan online ILJTM
Iklan akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan biasanya tiga bulan (Mac dan September) sebelum pengambilan.
Borang permohonan yang telah dipenuhi boleh di hantar ke mana-mana Institusi Latihan JTM ataupun ibu pejabat JTM di Putrajaya.
SENARAI PEJABAT POS UTAMA BAGI DAPATKAN BORANG
Johor: Johor Bahru, KOMTAR JB, Majidee JB, Pasir Gudang, Pontian, Kota Tinggi, Mersing, Batu Pahat, Segamat, Kluang,Muar
SILA KLIK DI DI BAWAH UNTUK PERMOHONAN SECARA ON-LINE
MASA CUTI SEKOLAH
KAUNSELOR AKAN BERADA DI SMK SEMENCHU MULAI 17.03.2007 HINGGA 19.03.2009
JAM 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI.
SEBARANG PERBINCANGAN BERKENAAN PEMILIHAN KURSUS, TAWARAN KURSUS DAN SEBAGAINYA BERKAITAN DENGAN PELUANG-PELUANG PENDIDIKAN BOLEH DIBINCANGKAN
SEKIAN TERIMA KASIH
KAUNSELOR ANDA SMKS88
Wednesday, March 11, 2009
PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK KPT SESI JULAI 2009
Permohonan bagi Sesi Julai 2009 telah dibuka dan boleh dibuat dengan melayari laman web http://www.politeknik.edu.my bagi kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf kecuali yang sedang menunggu keputusan
peperiksaan SPM 2008.
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT
Cara Memohon
Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;
KLIK DI BAWAH NI YER
sila gunakan pelayar Internet Explorer 6 dan keatas
http://www01.politeknik.edu.my/mnuserver/mnuserver.asp
Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00



