Saturday, September 5, 2009

SPM: Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010

Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2010.

Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;

  1. Kolej Profesional MARA (KPM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. German-Malaysian Institute (GMI)
  4. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  5. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat samada secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online atau memohon terus di IPMa yang berkenaan.
  2. Pemohon hanya boleh membuat permohonan dengan satu cara sahaja.
  3. Permohonan secara terus boleh dibuat seperti berikut:
    • Hanya pada hari bekerja jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 hingga 4.00 petang.
    • Program KPM: Di semua KPM yang menawarkan program berkenaan atau di Bahagian Pendidikan Tinggi
    • Program KPTM: Di semua KPTM
    • Pogram GMI: Di GMI
    • Program KKTM & IKM: Di Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) sahaja
    • Program UniKL: Permohonan secara online sahaja
  4. Semasa memohon, perlulah membawa sijil asal dan salinan dokumen berikut;
    • SPM / SPMV & sijil berkaitan
    • Sijil kelahiran pemohon & ibubapa untuk pengesahan taraf bumiputera
    • Kad pengenalan
Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010 ditutup pada 30 September 2009.

No comments: