Saturday, September 5, 2009

PMR: Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Tahun 2010

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) adalah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2009.

Maklumat

Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2009.
  • Warganegara Malaysia.

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03).
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan,
      Maktab Tentera Diraja,
      Kem Sungai Besi,
      57000 KUALA LUMPUR
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 25 Sept 2009. Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 27 Nov 2009, permohonan dianggap tidak berjaya.

No comments: