Monday, March 29, 2010

MAKLUMAN PERTUKARAN



PN FAZLIAH BT YUSOF
Telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Semenchu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala sumbangan dan khidmat cemerlang yang telah diberikan kepada semua pelajar, guru-guru dan semua warga SMK Semenchu. Semoga terus menyumbangkan khidmat bakti yang lebih cemerlang di tempat baru


PN ANIDA BT AHMAD

Selamat Datang dan Selamat Bertugas
Semoga Unit Bimbingan Dan Kaunseling akan lebih cemerlang dengan perkhidmatan yang diberikan

Sunday, March 14, 2010

STRATEGI PEMILIHAN PROGRAM

  • Pemilihan program berdasarkan minat calon.
  • Jangan memohon program yang tidak memenuhi syarat kelayakan. Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan masuk secara automatik akan ditolak oleh sistem, hal ini akan merugikan pemohon.
  • Pemilihan juga perlu melihat kepada persaingan program tersebut.
  • Membuat pemilihan program yang tepat berdasarkan faktor seperti di atas.
  • Mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan dari Fakulti yang berkenaan, kaunselor / kampus cawangan yang berhampiran dengan tempat calon.
  • Calon perlu memilih program yang sesuai dengan kelayakan untuk mengelak dari bersaing dengan pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik.
  • Bersedia bersaing bagi memilih program pengajian yang kompetitif kerana bilangan tempat yang disediakan adalah terhad. Markah merit bagi program kompetitif juga adalah tinggi.
INI DAPAT MENGELAKKAN DARI:
  • Calon memohon program yang tidak memenuhi syarat kemasukan dan bersaing dengan calon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik.
  • Calon memohon program yang jumlah pengambilannya terhad.
  • Calon memohon pertukaran program
ihsan http://pengambilan.uitm.edu.my

Saturday, March 13, 2010

FACON EDUCATION FAIR 2010



Permohonan Secara Online bagi Lepasan SPM 2009

Permohonan Tajaan JPA Dan MARA Untuk Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2009

Karnival Pendidikan MARA 2010


Tujuan

karnival ini diadakan adalah untuk mem pendedahan maklumat tentang peluang pendidikan khususnya kepada pelajar lepasan SPM/STPM serta orang ramai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Lokasi

Tarikh Tempat Masa
12 – 14 Mac PWTC, Kuala Lumpur 10.00 am – 6.00 pm
19 – 20 Mac Pejabat MARA Negeri Sarawak, Kuching 9.00 am – 5.00 pm
24 – 25 Mac Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu 9.00 am – 5.00 pm
28 – 29 Mac Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu 10.00 am – 6.00 pm
3 – 4 April Bangunan Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar 10.00 am – 6.00 pm
10 – 11 April Plaza Angsana, Johor Bahru 10.00 am – 6.00 pm

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA


Pemohon perlulah mendapatkan dahulu ID PPUM di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM5.00 (termasuk caj RM1.00 Bank Simpanan Nasional).

Pemohon/wakil hendaklah membawa bersama Kad Pengenalan Baru/salinan Kad Pengenalan pemohon semasa datang ke kaunter BSN. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan ID PPUM.

Salinan resit ini hendaklah disimpan sebagai rujukan.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengikuti latihan berikut:
Nama Program :

1) DIPLOMA KEJURURAWATAN
2) DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
3) DIPLOMA RADIOGRAFI

Umur : Berumur 18 hingga 30 tahun

Jantina : Lelaki dan perempuan

Taraf Perkahwinan : Bujang

Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tajaan : Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)

Kelayakan Akademik
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

(a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris, Matematik
dan satu mata pelajaran lain, SERTA
(b) Bagi Program (1) memperolehi kepujian bagi mata pelajaran Sains Teras ATAU lulus dalam
dua mata pelajaran Sains Tulen dipilih daripada Biologi, Kimia dan Fizik
(c) Bagi Program (2) memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan
dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
(d) Bagi Program (3) memperolehi kepujian dalam 2 mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan
dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)

Taraf Kesihatan
Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai
untuk mengikuti latihan.

Ikatan perjanjian :
Calon-calon yang berjaya menamatkan program dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 5 tahun.

Tarikh Permulaan Program : 1 Julai 2010
Tarikh Tutup : 21 Mac 2010 (sehingga 12.00 tengah malam)

Cara Permohonan :

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my atau
melalui laman web kami di http://www.ummc.edu.my dengan mendapatkan ID PPUM berharga
RM5.00 di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj
perkhidmatan Bank Simpanan Nasional) mulai 8 Mac 2010.
2. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad
pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah
disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
3. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak status permohonan melalui laman web PPUM mulai 5 April 2010 dan keputusan pemilihan calon pada 1 Jun 2010.

PERHATIAN : Hanya calon yang di senarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Thursday, March 4, 2010

TAKLIMAT PEMILIHAN KURSUS LEPASAN SPM 2009

UNTUK MAKLUMAN LEPASAN SPM 2009

Jika sekiranya benar sungguh bagai dikata...SPM akan keluar pada 11.03.2010 semua lepasan SPM diminta hadir ke sekolah sebagaimana di bawah:

TARIKH : 12.03.2010 (JUMAAT)
MASA: 9.00 pagi - 11.00 pagi
TEMPAT: DEWAN SMK SEMENCHU

SATU TAKLIMAT PEMILIHAN KURSUS DI IPTA/IPTS AKAN DIADAKAN
SILA BAWA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009 ANDA UNTUK RUJUKAN KAMI.

Tarikh result SPM 2009

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan 11 Mac ini (Khamis).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 manakala STAM 6,920 calon.

Afni's Son: kepada semua lepasan SPM dan STAM 2009..wish u all a very good luck..dipetik daripada ( http://3luv.blogspot.com