Saturday, September 5, 2009

SPM: Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010

Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2010.

Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;

  1. Kolej Profesional MARA (KPM)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. German-Malaysian Institute (GMI)
  4. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  5. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat samada secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online atau memohon terus di IPMa yang berkenaan.
  2. Pemohon hanya boleh membuat permohonan dengan satu cara sahaja.
  3. Permohonan secara terus boleh dibuat seperti berikut:
    • Hanya pada hari bekerja jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 hingga 4.00 petang.
    • Program KPM: Di semua KPM yang menawarkan program berkenaan atau di Bahagian Pendidikan Tinggi
    • Program KPTM: Di semua KPTM
    • Pogram GMI: Di GMI
    • Program KKTM & IKM: Di Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) sahaja
    • Program UniKL: Permohonan secara online sahaja
  4. Semasa memohon, perlulah membawa sijil asal dan salinan dokumen berikut;
    • SPM / SPMV & sijil berkaitan
    • Sijil kelahiran pemohon & ibubapa untuk pengesahan taraf bumiputera
    • Kad pengenalan
Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA Sesi Januari 2010 ditutup pada 30 September 2009.

SPM: Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Tarikh tutup permohonan bagi program pengajian Asasi/ Diploma/ Pra Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah 16 September 2009 (12:00 malam) dan bagi Profesional dan Lepasan Ijazah adalah 30 September 2009 (12:00 malam).

Maklumat lanjut berkenaan pengambilan sesi Disember 2009 UiTM boleh diperolehi di laman web UiTM Online dan Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tarikh tutup untuk menghantar permohonan adalah pada 30 September 2009.

Maklumat mengenai kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan masuk sila rujuk di laman web UIAM Admisions and Records Division.

Universiti-Universiti di Malaysia (IPTA)

Maklumat di atas diperolehi daripada laman-laman web IPTA yang berkenaan. Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

PMR: Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Tahun 2010

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja (MTD) adalah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2009.

Maklumat

Sila rujuk laman web Maktab Tentera DiRaja untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2009.
  • Warganegara Malaysia.

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03).
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan,
      Maktab Tentera Diraja,
      Kem Sungai Besi,
      57000 KUALA LUMPUR
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 25 Sept 2009. Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 27 Nov 2009, permohonan dianggap tidak berjaya.

Friday, September 4, 2009

SPM: Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Januari 2010

Maklumat

Sila rujuk laman web Politeknik KPT untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Permohonan

  • Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (online) melalui laman web http://www.politeknik.edu.my/eborangpoli/logineborang.aspx kecuali bagi lulusan Pendidikan Khas KPM.
  • Permohonan Sesi Julai 2009 yang memenuhi syarat dan masih belum mendapat sebarang tawaran akan diproses semula bersama-sama dengan permohonan Sesi Januari 2010.
  • Pemohon baru dan pemohon Sesi Julai 2009 boleh membuat kemaskini maklumat permohonan mereka sebelum tarikh tutup.
  • Pemohon baru perlu membeli nombor PIN yang berharga RM6.00 di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.

Tarikh Tutup

  • Permohonan ini akan ditutup pada 18 Oktober 2009.

Keputusan permohonan Politeknik KPT kemasukan Sesi Januari 2010 dijangka akan diumumkan pada 9 November 2009.

Thursday, September 3, 2009

PERMOHONAN KE TING 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH(SBP) 2010

LAYARI LAMAN WEB INI
http://apps.emoe.gov.my/sst4online2007/2009/

ANDA AKAN DAPAT LAMAN WEB SEPERTI DI BAWAH

(klik pada gambar untuk besarkan)

SETELAH ADA SELESAI PASTIKAN ANDA MENCETAK DALAM 4 SALINAN KERANA
1. Salinan 1 untuk pengetua
2. Salinan 2 untuk PPD Kota Tinggi
3. Salinan 3 untuk Kaunselor
4. Salinan 4 untuk Pelajar


SELAMAT MEMOHON, SEMOGA PERMOHONAN ANDA AKAN BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN PMR 2009