Saturday, January 31, 2009

KENANGAN KEJOHANAN SUKAN SMKS 1988

Lihatlah perbezaan antara sukan pada masa sekolah ini dibuka dengan sekarang. Warga SMKS sekarang ada yang telah berumur 33 tahun. Memang patut kita rasa beruntung dan bertuah dengan apa yang kita lihat dan dapat di SMKS.

Apa lagi yang patut kita lakukan selain daripada melihat nama SMKS terkenal di seluruh Malaysia ataupun sekurang-kurangnya di seluruh Felda di negara ini.



SEKOLAH KITA...Bendera sekolah belum ada lagi masa tu
Dewan belum ada lagi...blok Form 3 kat hujung tu sekarang sedang buat bangunan 3 tingkat dan yang hujung sekali dah roboh



Kejohanan Olahraga Kali I di SMKS






3 Gambar atas ni adalah Pasukan Sofbol SMKS tahun 1989. Kat mana ler diorang ni sekarang yer?. Mungkin dah ramai anak diorang ni.




Sunday, January 25, 2009

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2009

Pelajar-pelajar SMK Semenchu yang memohon ke Ting. 4 sekolah berasrama penuh boleh membuat semakan mulai sekarang di sini

SEMAKAN KE TINGKATAN 4 SBP 2009 SEKARANG

Tahniah kepada yang berjaya seperti

1. SHAMSIYAH BINTI AZLAN - SMS JOHOR (ALIRAN TEKNIKAL)
2. NURUL FARHANA BINTI MAHAMUD - SBP INTEGRASI MESING (SAINS TULEN AGAMA)
3. MUHAMAD HAIRIN BIN ROHMAN - SMS SEREMBAN (SAINS TULEN)

Kepada pelajar-pelajar yang lain, sila buat semakan sendiri dan maklumkan kepada kaunselor anda untuk dokumentasi sekolah.

sekian terima kasih

Wednesday, January 21, 2009

TAWARAN PENGAMBILAN PELAJAR KE KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Kolej Komuniti Bandar Penawar sedang mengambil pelajar baru untuk kemasukan bulan Januari 2009. PelajarPelajar SPM 2007 yang tidak menerima tawaran ke sebarang Pusat Pengajian Pendidikan atau keciciran boleh berjumpa Kaunselor SMK Semenchu, En Esham untuk mendapat borang mulai hari ini hingga 13 Februari 2009.


Permohon boleh memohon secara terus atau 'walk-in' bagi mendapatkan pengesahan kemasukan ke Kolej Komuniti Bandar Penawar


Teruskan pembelajaran anda kerana persaingan pada hari ini akan

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2009

Telah dijalankan pada 15/01/2009

Johan = Rumah Lekir
Naib Johan = Rumah Kasturi
Ke 3 = Rumah Tuah
Ke 4 = Rumah Jebat
Ke 5 = ooops! lupa dah takder

Tahniah kepada yang menang pertandingan merentas desa tahun ini dan yang kalah boleh usaha di dalam pertandingan SUKANTARA DAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN.

Sunday, January 18, 2009

SMSSEKOLAH SMK SEMENCHU



KEPADA SEMUA PELAJAR SMK SEMENCHU,
SILA MAKLUMKAN KEPADA IBU BAPA ANDA BAHAWA SMK SEMENCHU KINI MEMPUNYAI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) YANG DAPAT MENGHUBUNGKAN TERUS PIHAK SEKOLAH DENGAN IBU BAPA.

KEPADA IBU BAPA YANG BERMINAT DI PERINGKAT AWAL INI BOLEH MENDAFTAR DENGAN MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI ATAS.
SILA PASTIKAN BAYARAN KREDIT BAGI PENGGUNA KAD PRABAYAR MENCUKUPI APABILA MEMBUAT PENGAKTIFAN
JANGAN AKTIFKAN SEKARANG KERANA TARIKH PENGAKTIFAN BERMULA AKAN DIBERITAHU.