Sunday, January 23, 2011

50 KERJAYA TERBAIK

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KERJAYA YANG MUNGKIN BOLEH MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR MEMILIH BIDANG YANG DIMINATI

klik pada tajuk .....dan anda akan di bawa ke link kerjaya berkaitan

Business Jobs:

--Accountant

--Actuary

--Financial adviser

--Financial analyst

--Logistician

--Meeting planner

--Public relations specialist

--Sales manager

--Training specialist

Creative and Service Jobs:

--Commercial pilot

--Curator

--Film and video editor

--Gaming manager

--Heating, air conditioning and refrigeration technician

--Interpreter/Translator

--Multimedia artist

--Technical writer

Healthcare Jobs:

--Athletic trainer

--Dental hygienist

--Lab technician

--Massage therapist

--Occupational therapist

--Optometrist

--Physician assistant

--Physical therapist

--Physical therapist assistant

--Radiologic technologist

--Registered nurse

--School psychologist

--Veterinarian

Social Service Jobs:

--Clergy

--Court reporter

--Education administrator

--Emergency management specialist

--Firefighter

--Marriage and family therapist

--Mediator

--Medical and public health social worker

--Special-education teacher

--Urban planner

Technology Jobs:

--Biomedical engineer

--Civil engineer

--Computer software engineer

--Computer support specialist

--Computer systems analyst

--Environmental engineering technician

--Environmental science technician

--Hydrologist

--Meteorologist

--Network architect

MAKLUMAT IPTA/IPTS/KOLEJ UNIVERSITI/KOLEJ SWASTA


Sila klik pada logo untuk mengisi borang permohonan secara online
. Pastikan anda membaca dahulu syarat-syarat kemasukan.


Gunakan Internet Explorer

ANDA BOLEH UNTUK KLIK LOGO DI BAWAH BAGI MEMUDAHKAN CAPAIAN DI KESEMUA IPTA/IPTA/KOLEJ UNIVERSITI/KOLEJ SWASTA



Friday, January 21, 2011

Permohonan Untuk Menjadi Pegawai Kadet UPNM

Permohonan Untuk Menjadi Pelajar UPNM

Semua permohonan masuk ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia adalah secara atas talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui www.mohe.gov.my.

Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan.

Permohonan Untuk Menjadi Pegawai Kadet UPNM

Semua calon yang berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), calon boleh mengemukakan permohonan untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM kepada Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan mulai bulan Disember setiap tahun.

Calon-calon akan ditemuduga berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan SPM. Temuduga akan dijalankan di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pertahanan pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan dari salinan asal seperti berikut ke alamat di bawah :

  1. Salinan Percubaan SPM 2010
  2. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan Sijil Lahir
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
  6. Salinan Sijil Kokurikulum
  7. Sampul surat berukuran 20sm x 28sm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen. (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda samada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia)

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota,
Cawangan Tenaga Kerja Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 5
0634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian : Sel C)

Perhatian : Sebagai persediaan untuk menghadiri temu duga, calon-calon dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan X-Ray (bahagian dada) dan mendapatkan laporan X-Ray tersebut sebelum hadir ke tempat temu duga. Pemeriksaan ini perlu dibuat awal bagi mengelakkan masalah mendapatkan laporan X-Ray di saat-saat akhir.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengambilan Pegawai Kadet UPNM, sila berhubung dengan pegawai pemilih seperti berikut :

Pegawai Kanan Pemilihan Anggota :
Lt Kol Mohammad Yatim bin Mohd Nor (03-20712382)
Ketua Pegawai Pemilih : Lt Ariff Firdaus bin Anasipudin TLDM (03-20714526)
Pegawai Pemilih Darat : Kapt Ridzuan bin Abdullah (03-20714524)
Pegawai Pemilih Udara : Kapt Saiful Rizal bin Rejab TUDM (03-20712387)

Kaunter Pertanyaan : 03-20712391
Talian bebas tol : 1-800-88-7588 (Jam 8.00 pagi - 5.00 petang)
Nombor faks : 03-26985340, 03-26986235
Email : ctk.mtk@mod.gov.my

Tarikh tutup permohonan : 31 Januari 2011 (Isnin)

Tarikh dan tempat temuduga : Akan dimaklumkan melalui surat kepada calon-calon yang layak dan terpilih

Calon-calon yang telah hadir pada temuduga tersebut perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian untuk kemasukan ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui www.mohe.gov.my. Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Puan Sarina Abdul Rani
Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur
No Telefon : 03-9051 3454
No Faksimili : 03-9056 2411
Emel : sarina@upnm.edu.my

Encik Mohd Amirul Zzaki Razmi
Penolong Pendaftar Unit Kemasukan dan Promosi
Tel : 03-9051 3400 Samb : 3407
Emel : amirul@upnm.edu.my

Encik Mohd Zuraidi Zainol
Pembantu Tadbir (P/O) Unit Kemasukan dan Promosi
Tel : 03-9051 3400 Samb : 3453
Emel : mzuraidi@upnm.edu.my

Encik Mohd Lateffi Mohd Tazri Pembantu Tadbir (P/O)
Unit Kemasukan dan Promosi
Tel : 03-9051 3400 Samb : 3553
Emel : lateffi@upnm.edu.my


Wednesday, January 19, 2011

Semakan Tawaran Permohonan SBP Tingkatan 4 Tahun 2011


SEMAKAN dan RAYUAN KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) - TINGKATAN EMPAT
2011


MAKLUMAT LANJUT.. | Terus Ke Laman Semakan Online!
eRayuan: 18/1 - 2/2 | Tarikh Pendaftaran: 7 Feb, 2011

TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK SEMENCHU YANG BERJAYA KE SBP. SEMOGA PENCAPAIAN LEBIH CEMERLANG AKAN DAPAT DIGAPAI ... UNTUK MENJADI YANG TERBILANG

Friday, January 14, 2011

Permohonan Kemasukan Ke TEVT & ILKA Ambilan Julai 2011

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU mulai tahun 2011 akan menyelaraskan pusat pengambilan setempat bagi kemasukan ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Institut dan Pusat Latihan

Institut dan pusat latihan yang terbabit adalah;

  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Institut Teknikal Jepun (JMTI)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Mara (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Kategori Permohonan

Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA dibahagi kepada kategori berikut;

  1. Lepasan SPM atau setaraf
  2. Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
    • Kategori 1 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 1
    • Kategori 2 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 2
    • Kategori 3 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 3
    • Kategori 4 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 4/ DKM
  3. Lepasan Sekolah Menengah
    • Kategori O – Memiliki Sekurang-kurangnya Kelayakan UPSR/ SRP/ PMR

Syarat Kemasukan

Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA juga mempunyai syarat am dan khas yang minimum perlu dipenuhi.

Syarat Am

Calon perlu mempunyai kelayakan minimum;

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh pusat latihan atau institusi berdasarkan kursus yang dipohon.

Permohonan

  1. Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA terbahagi kepada dua;
    • Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SPM atau setaraf
    • Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SKM atau Sekolah Menengah
  2. Permohonan dibuka mulai 10 Januari sehingga 4 April 2011.
  3. Sebelum membuat permohonan, calon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya tiga kursus dan maksima lima kursus.
  5. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  6. Permohonan perlu dibuat secara online untuk

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA adalah 4 April 2011.

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan Maklumat Syarat Kemasukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
  3. Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Permohonan ke IPTA, TEVT dan ILKA sebelum membuat permohonan.
  4. Sebarang pertanyaan sila hubungi UPU
Hotline : 03 8883 5858 atau
Helpline : 03 8883 5848 atau
Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau
Faks : 03-8889 4260 atau
E-mel : upu@mohe.gov.my

Sunday, January 9, 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2011


KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM TAHUN 2011 BOLEHLAH DOWNLOAD TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM DENGAN klik di sini