Wednesday, April 13, 2011

TAWARAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA PERDAGANGAN DI UiTM JOHOR (MDAB - MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA) - SEPANJANG TAHUN

Adalah di maklumkan bahawa UiTM Johor memerlukan calon-calon Bumiputera yang berkelayakan untuk di tawarkan melanjutkan pengajian ke program pra diploma perdagangan

(MDAB-Mengubah Destini Anak Bangsa). MAKLUMAT YANG PERLU DIAMBUIL PERHATIAN

1.) Pelajar Lepasan SPM tahun 2005 dan ke atas adalah di alu-alukan untuk memohon.

2.) Calon yang pendapatan keluarganya di bawah RM2000.00 sebulan sahaja akan di tawarkan untuk program pra diploma perdagangan (MDAB) ini.

3.) Kelayakan yang diperlukan untuk Pra Perdagangan - PD002

3 subjek mesti kredit termasuk subjek Bahasa Melayu.

bawah :

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)

Lulus - Bahasa Inggeris & Matematik (Gred E8 ke atas sahaja)

Kredit - 2 subjek lain (teras atau elektif)

Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan ( BELAJAR TEMPOH 5 BULAN) akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut:

Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

4.) Tarikh TUTUP PERMOHONAN (FASA MEI 2011) adalah pada atau sebelum 15 APRIL 2011.

Borang permohonan pra diploma perdagangan (MDAB) boleh di dapati di kaunter HEA, UiTM Johor atau Encik Hisyammudin, Pegawai Eksekutif BHEA Kampus Larkin dalam masa terdekat ini. Tuan / Puan juga boleh mendapatkan borang tersebut di laman web UiTM Johor di:

http://johor.uitm.edu.my/images/stories/HEA/borang/mdabjohor.pdf

5.) Setiap permohonan hendaklah di hantar bersama-sama

  • 1 salinan IC,
  • 1 salinan sijil kelahiran,
  • 1 salinan keputusan SPM dan
  • 1 salinan penyata pendapatan keluarga.
  • Sijil Kelahiran ibubapa
  • Salinan Kad Pengenalan ibubapa

(semua salinan disahkan)

Jika kesemua salinan dokumen yang diperlukan ini tidak disertakan, permohonan calon tidak akan di proses.

Alamat:

Universiti Teknologi MARA

Kampus Johor Bharu

Jalan Heman , Kg Aman

80350 , Larkin , Johor Bharu

Tel: 07 2336500 , Fax 07 2342215

JIKA BERJAYA KE PROGRAM PRA –DIPLOMA , KEMUDAHAN PENGINAPAN ,YURAN DAN LAIN-LAIN AKAN DITAWARKAN BAGI YG LAYAK.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

SILA HANTAR KEPADA EN ESHAM ATAU PN ANIDA SEBELUM 15 APRIL 2011