Tuesday, May 4, 2010

Semakan Keputusan Permohonan UPU Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2010 bagi sesi 2010/2011 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 1 Mei 2010..
Penting Semakan hanya dibuka secara rasmi pada 1 Mei 2010 pukul 12.00 tengahari.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 10 Mei 2010.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 3 Mei 2010(TB).
  • Calon yang berjaya boleh membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA tersebut mulai pada tarikh yang sama. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Pendaftaran

  • Program Diploma – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 3 dan 4 Julai 2010.
  • Program Asasi – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Pusat Asasi IPTA adalah 23 Mei 2010.
    Sila rujuk Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA untuk maklumat pembiayaan belajar.

Rayuan

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya ke Matrikulasi KPM dan yang telah mendaftar dengan Matrikulasi KPM, boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 15 Mei 2010 dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai (TB) maka rayuan anda dianggap gagal.

Pilihan Tawaran

Dijangkakan ramai calon yang mempunyai keputusan cemerlang akan menerima lebih daripada satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Nota : TB = Tarikh Belum disahkan oleh UPU

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN ENAM 2010

Pelajar lepasan SPM 2009 boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2010 mulai 3 Mei 2010. Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan Tawaran

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2010.
  2. Secara sms dengan menghantar MOET6KPNo. Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 10 Mei 2010.
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK mulai 10 Mei 2009.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan boleh dirujuk di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010.
  • Tarikh tutup membuat rayuan ke Tingkatan 6 adalah 1 Jun 2010.

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan iaitu dari Jurusan Kemanusian kepada Jurusan Sains atau sebaliknya perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Permohonan pertukaran jurusan perlu dibuat dalam tempoh 24 Mei sehingga 27 Mei 2010.

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.