Monday, December 20, 2010

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2010

Segala teka-teki dan persoalan mengenai tarikh keputusan PMR 2010 telah pun terjawab.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 ini.

Menurut kenyataan tersebut analisis keputusan PMR 2010 juga akan diumumkan pada hari yang sama di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan PMR akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari tersebut mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.

Sila

1. Berpakaian kemas/Berpakaian sekolah

2. Sekiranya tidak hadir, sila ambil keputusan di pejabat sekolah

TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK SEMENCHU YANG BERJAYA. KEPADA PELAJAR YANG KURANG BERJAYA, TERUSKAN USAHA DALAM PEPERIKSAAN SPM 2012. SEMOGA APA YANG ANDA PEROLEHI AKAN MEMBERIKAN BANYAK PENGAJARAN DALAM HIDUP ANDA

Monday, December 6, 2010

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT dan ILKA Lepasan SPM Fasa 1: Sesi Akademik 2011/2012 Ambilan Julai 2011


1. Maklumat penting kepada calon (wajib dibaca)

2. Applikasi online permohonan (sila isi)

sila klik di atas untuk terus ke laman web dikehendaki

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke SMT dan SMV 2011

Para pelajar yang telah menduduki PMR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan Permohonan

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
  • Sila rujuk Senarai Sekolah Menengah Teknik / Vokasional untuk mendapatkan kod sekolah.
  • Sila rujuk Senarai Kursus untuk mendapatkan kod kursus tersebut.
  • Borang rayuan boleh dimuat-turun di Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/SMV 2011.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
TAHNIAH KEPADA YANG TELAH BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE SMT/SMV TAHUN 2011

Thursday, November 4, 2010

Sunday, October 31, 2010

KEMASUKAN KE IPTA PERINGKAT DIPLOMA DAN PROGRAM PERSEDIAAN IPTA, PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA DI INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL & LATIHAN VOKASIONAL


Sila klik pada button download di bawah untuk maklumat penuh


Setelah anda berada di 4shared....sila klik pada 'muatturun sekarang'


Monday, October 11, 2010

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Tingkatan 4 2011

SILA BACA DENGAN TELITI UNTUK MENGELAKKAN KESILAPAN KETIKA MEMOHON

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Aliran

Sekolah Menengah Teknik

  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran

Sekolah Menengah Vokasional

  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran

Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Aliran teknikal menyediakan 5 kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan dan AgroTeknologi.

Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.

Aliran Vokasional

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Aliran vokasional menyediakan 19 kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Binaan Bangunan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer

Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Aliran Kemahiran

Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri. Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, pelajar boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.

Aliran kemahiran menyediakan 21 kursus iaitu Pemesinan Am, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor, Mekanik Penyejukan dan Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurupaip, Pelukis Pelan Senibina, Wood Processing and Finishing Technology (Furniture), Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Juruteknik Elektronik Audio Visual, Demi Chef, Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Program Industri Ekuin.

Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada pelajar aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang pelajar mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Syarat Umum

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.
    • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  3. Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  4. Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah tidak rabun warna.

Permohonan

  1. Permohonan ke SMT dan SMV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau SMV yang berdekatan. Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohonan Kemasukan SMT/SMV.
    3. Pemohon boleh mengemaskini maklumat di borang permohonan sehingga 26 November 2010.
  2. Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Rayuan Kemasukan

  1. Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.
  2. Borang rayuan boleh didapati di Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/V 2011.

Maklumat

  1. Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.
  2. Sila semak Senarai Kursus SMT/SMV, Senarai Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan Senarai Laman Web SMT/SMV.
  3. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010 sebagai panduan.
  4. Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2011 belum dimaklumkan lagi

DOWNLOAD MAKLUMAT PERMOHONAN SEKOLAH SMV KOTA TINGGI SAHAJA ...di sini

Tuesday, May 4, 2010

Semakan Keputusan Permohonan UPU Kemasukan Ke IPTA 2010 Lepasan SPM

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2010 bagi sesi 2010/2011 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 1 Mei 2010..
Penting Semakan hanya dibuka secara rasmi pada 1 Mei 2010 pukul 12.00 tengahari.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 10 Mei 2010.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 3 Mei 2010(TB).
  • Calon yang berjaya boleh membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA tersebut mulai pada tarikh yang sama. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Pendaftaran

  • Program Diploma – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 3 dan 4 Julai 2010.
  • Program Asasi – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Pusat Asasi IPTA adalah 23 Mei 2010.
    Sila rujuk Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA untuk maklumat pembiayaan belajar.

Rayuan

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya ke Matrikulasi KPM dan yang telah mendaftar dengan Matrikulasi KPM, boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 15 Mei 2010 dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai (TB) maka rayuan anda dianggap gagal.

Pilihan Tawaran

Dijangkakan ramai calon yang mempunyai keputusan cemerlang akan menerima lebih daripada satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Nota : TB = Tarikh Belum disahkan oleh UPU

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN ENAM 2010

Pelajar lepasan SPM 2009 boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2010 mulai 3 Mei 2010. Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan Tawaran

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2010.
  2. Secara sms dengan menghantar MOET6KPNo. Kad Pengenalan dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 10 Mei 2010.
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.

Rayuan

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK mulai 10 Mei 2009.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan boleh dirujuk di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 2010.
  • Tarikh tutup membuat rayuan ke Tingkatan 6 adalah 1 Jun 2010.

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan iaitu dari Jurusan Kemanusian kepada Jurusan Sains atau sebaliknya perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Permohonan pertukaran jurusan perlu dibuat dalam tempoh 24 Mei sehingga 27 Mei 2010.

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus PLKN dan telah mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.