Saturday, September 5, 2009

SPM: Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Tarikh tutup permohonan bagi program pengajian Asasi/ Diploma/ Pra Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah 16 September 2009 (12:00 malam) dan bagi Profesional dan Lepasan Ijazah adalah 30 September 2009 (12:00 malam).

Maklumat lanjut berkenaan pengambilan sesi Disember 2009 UiTM boleh diperolehi di laman web UiTM Online dan Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tarikh tutup untuk menghantar permohonan adalah pada 30 September 2009.

Maklumat mengenai kursus yang ditawarkan dan syarat kelayakan masuk sila rujuk di laman web UIAM Admisions and Records Division.

Universiti-Universiti di Malaysia (IPTA)

Maklumat di atas diperolehi daripada laman-laman web IPTA yang berkenaan. Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

No comments: