Monday, April 5, 2010

Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran GIATMARA 2010

Kemudahan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :

  1. Latihan percuma
  2. Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  3. Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  4. Sukan dan Rekreasi
  5. Sijil Kemahiran GIATMARA
  6. Sijil JPK (di mana berkenaan)
  7. Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  8. Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Permohonan

Borang Permohonan Mengikuti Latihan Kemahiran GIATMARA boleh didapati secara percuma melalui :

  1. Muat turun di laman web GIATMARA, Borang Permohonan Kursus Kemahiran GIATMARA
  2. Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran.
  3. Hubungi Pejabat GIATMARA Negeri yang berdekatan.

Maklumat

Sila kunjungi laman web GIATMARA untuk mendapatkan maklumat lanjut serta menyemak kursus latihan yang ditawarkan disetiap Pusat GIATMARA

No comments: