Monday, April 5, 2010

Permohonan Kemasukan Ke IKM Dan KKTM Sesi Julai 2010

Permohonan

  1. Borang permohonan boleh dibeli dengan harga RM5.00 di mana-mana;
    • IKM atau KKTM
    • Pejabat MARA Negeri atau Daerah
    • Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
  2. Permohonan boleh juga dibuat secara online;
  3. Sila rujuk kepada maklumat program untuk IKM dan KKTM terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat kelayakan dipenuhi.
  4. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap permohonan.
  5. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan menerima tawaran.

Tarikh Tutup

  • Permohonan ke IKM dan KKTM bagi pengambilan sesi Julai 2010 ditutup pada 30 April 2010.

Maklumat

  1. Maklumat lanjut boleh juga didapati daripada iklan tawaran serta laman web MARA di www.mara.gov.my dan www.ekemahiran.edu.my.
  2. Sementara itu jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3467, 3480, 3962 dan 3469.

No comments: