Monday, April 5, 2010

Permohonan Kemasukan Kolej Komuniti KPT Sesi Julai 2010

Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) atau manual (borang).
  2. Pemohon hanya boleh memilih salah satu cara sahaja.
  • Secara Dalam Talian (Online)
    1. Permohonan dalam talian (online) boleh dibuat melalui e-Borang di laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
    2. Pemohon baru perlu mendapatkan nombor PIN secara percuma melalui butang e-Borang sebelum mula mengisi borang permohonan secara atas talian (online).
    3. Pemohon perlu menyimpan No Pin berkenaan dan hendaklah menggunakannya sekiranya pemohon ingin mengemaskini maklumat permohonan.
    4. Sekiranya pemohon terlupa No Pin berkenaan, pemohon hendaklah menghubungi Pegawai Pengambilan di Jabatan ini atau Pegawai Pengambilan di mana-mana Kolej Komuniti berhampiran.
  • Secara Manual (Borang)
    1. Borang Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh diperolehi di mana-mana Kolej Komuniti atau dimuat turun di Borang Manual.
    2. Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Kolej Komuniti yang berhampiran.

Pembiayaan Pengajian

  1. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil) ialah yuran pengajian adalah sebanyak RM200.00 setiap semester dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja.
  2. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Pendek pula adalah minimumRM5.00 dan maksimum adalah RM20.00.
  3. Pelajar yang layak diberi elaun sebanyak RM 250.00 sebulan bagi sepanjang tempoh pengajian dari Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK), KPT.
  4. Pelajar boleh memohon pinjaman dari Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), KPT.
  5. Pelajar juga boleh memohon pinjaman/biasiswa dari penaja-penaja lain.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Sesi Julai 2010 ditutup pada 30 April 2010.
  2. Pemohon yang menggunakan kaedah online, borang hendaklah diisi dan dihantar sebelum jam 12.00 malam 30 April 2010.

Semakan Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti KPT dijangka boleh disemak mulai 9 Mei 2010 secara online atau menghubungi terus Kolej Komuniti KPT yang terdekat.

Surat Tawaran Dan Pendaftaran

  1. Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-SPKK) boleh dicetak melalui laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
  2. Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Julai 2010 dijangka perlu mendaftar pada 13 atau 14 Julai 2010.

Rayuan

  1. Bagi calon yang tidak berjaya, tempoh rayuan ialah mulai 9 Mei 2010.
  2. Rayuan hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.
  3. Keputusan rayuan boleh disemak setiap hari Selasa mulai 11 Mei 2010 sehingga 13 Ogos 2010.

Pertanyaan dan Maklumat

  1. Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Sektor Pengurusan Kolej Komuniti.
  2. Sila semak senarai program dan kolej bagi mengetahui program pengajian yang ditawarkan di setiap kolej.

No comments: