Monday, March 21, 2011
Tips Persediaan Menghadapi Result SPM (23 MAC 2011)
2. Manfaatkan masa semaksimum mungkin yang dibekalkan untuk betul-betul mengemaskini segala permohonan dalam talian (online application) yang telah dibuat. Manfaatkan 3 percubaan
yang diberikan untuk memilih dan mengisi borang dengan teliti.
3. Bagi pemilihan kursus atau bidang yang yang bakal diceburi, ambil sedikit usaha untuk bertanya tentang selok belok kursus yang ditawarkan. Pastikan ianya bersesuaian dengan minat dan
citarasa anda
Elakkan daripada membuat keputusan kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan anda. Anda juga boleh bertanyakan kepada cikgu terus mengenai kerjaya lepasan SPM
4. Akhirnya, pastikan mental dan pemikiran anda telah bersedia untuk melangkah ke alam menara gading. Pastikan di sana nanti, anda mengenal pasti rakan-rakan yang baik yang mampu bersama-sama membantu menjaga diri sepanjang pembelajaran di sana.
Awas! Rakan yang baik dan rajin berusaha akan memberi manfaat dan begitulah rakan yang sebaliknya.
5. Bagi yang kurang berjaya untuk memohon, ingatlah ia bukan noktah pengakhiran hidup anda. Carilah peluang-peluang lain yang untuk anda mengembangkan potensi diri anda. Usah berputus
asa dan teruskan berusaha!
6. Banyakkan berbincang dengan guru dan kaunselor atau sesiapa yang lebih pakar dan arif dalam bidang kerjaya!
7. Banyakkan membaca dan membuat persiapan untuk ke tahap yang seterusnya. JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial)
10. Senantiasalah memohon pertolongan dan bantuan daripada
tuhan anda. Insya-Allah..
Bermanfaat bukan?
Tuesday, March 15, 2011
Tarikh Keputusan SPM 2010

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.
Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.
Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon telah menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka hari ini, 7 Mac 2011. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan.
Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru. Tahun ini permohonan dibuka sebulan lewat berbanding tahun lepas.
Program Pengajian Perguruan
Program pengajian yang ditawarkan terbahagi kepada 4 kategori.
1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
2. Program Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC)
3. Program Kembar Bahasa Perancis
4. Program Kembar Bahasa Jerman
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Satu mata pelajaran yang lain serta;
- Lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Syarat Khas
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 1 tahun 6 bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan.
Program Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC)
- Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
- Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Program Kembar Bahasa Perancis
- Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1. 2.4
Program Kembar Bahasa Jerman
- Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.
Cara Memohon
- Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011.
- Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
- Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
Ujian INSAK
- Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
- Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
- Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
Ikatan Perjanjian
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
Pendaftaran
- Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan).
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Tarikh-tarikh Penting
Tarikh | Aktiviti |
| 7 Mac 2011 | Permohonan Dibuka |
| 21 Mac 2011 | Permohonan Ditutup |
| 11 – 22 April 2011 | Temuduga |
| 21 Mei 2011 | Semakan Tawaran |
| 20 Jun 2011 | Pendaftaran |
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 akan ditutup pada 21 Mac 2011.
- Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat
- Tiada surat menyurat akan dikeluarkan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada pemohon.
- Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011 untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010 sebagai panduan.
- Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
- BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1253/ 1371/ 1235
Friday, March 11, 2011
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2011
Monday, February 21, 2011
Semakan & Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2011
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang ada membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011/2012 akan boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka. Ini adalah proses mengemaskini permohonan matrikulasi sahaja, tiada permohonan baru yang boleh dibuat.
Tarikh Semakan
- Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 21 Februari 2011 sehingga 6 Mac 2011.
Proses Semakan
- Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran, Aplikasi Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2011/2012.
- Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.
- Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4036/4040 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
- Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 21 Februari sehingga 6 Mac 2011 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.
Monday, February 14, 2011
KOLEJ PENGURUSAN PENERBANGAN AMBILAN JULAI 2011

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
1. Diploma in Aviation Management
2. Diploma in Aviation & Tourism Management
3. Diploma in Flight Operation Management
4. Diploma in Office Management
sila klik kursus di atas untuk maklumat lanjut
Application Procedure
Step 1
Go to http://www.aviationtraining.com.my/diploma.htm for more information about programmes being offered at Aviation Management College. Choose which program that you want to enrol with the condition of minimum entrance requirements.
Step 2
You must have an active e-mail address. If you do not have an e-mail address, you may obtain a free one from Yahoo, Hotmail, Gmail etc. Most of AMC student communication will be via e-mail.
Step 3
Go to Online Application to begin your registration. Please provide correct information and accurate qualification requested.
Step 4
After register, you will be receiving email from admission@kolej.edu.my regarding your application status. Please check your SPAM FOLDER if you don’t receive the email notification immediately.
Step 5
If you are accepted, please send or fax the following documents to AMC:
1. Banker cheque or be banked in (original slip required) of RM 300.00 registration fee. The registration fee is non refundable.
2. Certified True copies of Mycard and SPM result.
Before the closing date, please send the documents to:
Aviation Management College
No 22, Jalan 4/12B, Seksyen 4 Tambahan
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia
Fax: 603-89266337
Step 6
PLEASE NOTE: YOU WILL RECEIVE THE LETTER OF OFFER ONLY AFTER WE HAVE RECEIVED THE RM300 REGISTRATION FEE PAYMENT AND SUPPORTING DOCUMENTS
Step 7
Confirmation of receipt of documents and payment will be made through your e-mail address registered with us. Please check your e-mail inbox or spam folder regularly.
Step 8
Letter of offer will be sent at respective email address within 10 days after we received of your payment.
If you have further questions, please call us at
+603 – 8926 5337
(from 8: 30 AM to 6:00 PM, Monday to Friday)
(from 9:00 AM to 1:00 PM, Saturday)
Friday, February 11, 2011
PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM1

Pelajar-pelajar yang melepasi Ujian Saringan 1 akan melayakan diri pelajar menduduki Ujian Saringan PERMATApintar UKM2 yang akan dilaksanakan pada
Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 digunakan bagi kedua-dua program PERMATApintar dan PERMATAinsan dengan kelayakan seperti umur berikut
BAGI PELAJAR-PELAJAR SMK SEMENCHU YANG TELAH MENGAMBIL UJIAN INI
SILA PASTIKAN ANDA MENULIS NAMA DIRUANGAN CHATANGO DI ATAS BESERTA
TINGKATAN DAN TARIKH DIJAWAB
SEKIAN HARAP MAKLUM
Sunday, January 23, 2011
50 KERJAYA TERBAIK
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KERJAYA YANG MUNGKIN BOLEH MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR MEMILIH BIDANG YANG DIMINATI
klik pada tajuk .....dan anda akan di bawa ke link kerjaya berkaitan
Business Jobs:
--Actuary
Creative and Service Jobs:
--Curator
--Heating, air conditioning and refrigeration technician
Healthcare Jobs:
--Physical therapist assistant
Social Service Jobs:
--Clergy
--Emergency management specialist
--Marriage and family therapist
--Mediator
--Medical and public health social worker
Technology Jobs:
--Environmental engineering technician
MAKLUMAT IPTA/IPTS/KOLEJ UNIVERSITI/KOLEJ SWASTA
Sila klik pada logo untuk mengisi borang permohonan secara online. Pastikan anda membaca dahulu syarat-syarat kemasukan.
Friday, January 21, 2011
Permohonan Untuk Menjadi Pegawai Kadet UPNM
Semua permohonan masuk ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia adalah secara atas talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui www.mohe.gov.my.
Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan.
Permohonan Untuk Menjadi Pegawai Kadet UPNM
Semua calon yang berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), calon boleh mengemukakan permohonan untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM kepada Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan mulai bulan Disember setiap tahun.
Calon-calon akan ditemuduga berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan SPM. Temuduga akan dijalankan di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pertahanan pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan dari salinan asal seperti berikut ke alamat di bawah :
- Salinan Percubaan SPM 2010
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Lahir
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
- Salinan Sijil Kokurikulum
- Sampul surat berukuran 20sm x 28sm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen. (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda samada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia)
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota,
Cawangan Tenaga Kerja Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 5
0634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian : Sel C)
Perhatian : Sebagai persediaan untuk menghadiri temu duga, calon-calon dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan X-Ray (bahagian dada) dan mendapatkan laporan X-Ray tersebut sebelum hadir ke tempat temu duga. Pemeriksaan ini perlu dibuat awal bagi mengelakkan masalah mendapatkan laporan X-Ray di saat-saat akhir.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengambilan Pegawai Kadet UPNM, sila berhubung dengan pegawai pemilih seperti berikut :
Pegawai Kanan Pemilihan Anggota :Lt Kol Mohammad Yatim bin Mohd Nor (03-20712382)
Ketua Pegawai Pemilih : Lt Ariff Firdaus bin Anasipudin TLDM (03-20714526)
Pegawai Pemilih Darat : Kapt Ridzuan bin Abdullah (03-20714524)
Pegawai Pemilih Udara : Kapt Saiful Rizal bin Rejab TUDM (03-20712387)
Kaunter Pertanyaan : 03-20712391
Talian bebas tol : 1-800-88-7588 (Jam 8.00 pagi - 5.00 petang)
Nombor faks : 03-26985340, 03-26986235
Email : ctk.mtk@mod.gov.my
Tarikh tutup permohonan : 31 Januari 2011 (Isnin)
Tarikh dan tempat temuduga : Akan dimaklumkan melalui surat kepada calon-calon yang layak dan terpilih
Calon-calon yang telah hadir pada temuduga tersebut perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian untuk kemasukan ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui www.mohe.gov.my. Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Puan Sarina Abdul Rani
Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur
No Telefon : 03-9051 3454
No Faksimili : 03-9056 2411
Emel : sarina@upnm.edu.my
Encik Mohd Amirul Zzaki Razmi
Penolong Pendaftar Unit Kemasukan dan Promosi
Tel : 03-9051 3400 Samb : 3407
Emel : amirul@upnm.edu.my
Encik Mohd Zuraidi Zainol
Pembantu Tadbir (P/O) Unit Kemasukan dan Promosi
Tel : 03-9051 3400 Samb : 3453
Emel : mzuraidi@upnm.edu.my
Encik Mohd Lateffi Mohd Tazri Pembantu Tadbir (P/O)
Unit Kemasukan dan Promosi
Tel : 03-9051 3400 Samb : 3553
Emel : lateffi@upnm.edu.my
Wednesday, January 19, 2011
Semakan Tawaran Permohonan SBP Tingkatan 4 Tahun 2011
SEMAKAN dan RAYUAN KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) - TINGKATAN EMPAT 2011
MAKLUMAT LANJUT.. | Terus Ke Laman Semakan Online!
eRayuan: 18/1 - 2/2 | Tarikh Pendaftaran: 7 Feb, 2011
TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK SEMENCHU YANG BERJAYA KE SBP. SEMOGA PENCAPAIAN LEBIH CEMERLANG AKAN DAPAT DIGAPAI ... UNTUK MENJADI YANG TERBILANG
Friday, January 14, 2011
Permohonan Kemasukan Ke TEVT & ILKA Ambilan Julai 2011
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU mulai tahun 2011 akan menyelaraskan pusat pengambilan setempat bagi kemasukan ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.
Institut dan Pusat Latihan
Institut dan pusat latihan yang terbabit adalah;
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institut Latihan Perindustrian (ILP)
- Institut Teknikal Jepun (JMTI)
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Institut Kemahiran Mara (IKM)
- Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
- Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA dibahagi kepada kategori berikut;
- Lepasan SPM atau setaraf
- Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Kategori 1 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 1
- Kategori 2 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 2
- Kategori 3 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 3
- Kategori 4 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 4/ DKM
- Lepasan Sekolah Menengah
- Kategori O – Memiliki Sekurang-kurangnya Kelayakan UPSR/ SRP/ PMR
Syarat Kemasukan
Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA juga mempunyai syarat am dan khas yang minimum perlu dipenuhi.
Syarat Am
Calon perlu mempunyai kelayakan minimum;
- Warganegara Malaysia; DAN
- Boleh membaca, menulis dan mengira
Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh pusat latihan atau institusi berdasarkan kursus yang dipohon.
Permohonan
- Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA terbahagi kepada dua;
- Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SPM atau setaraf
- Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SKM atau Sekolah Menengah
- Permohonan dibuka mulai 10 Januari sehingga 4 April 2011.
- Sebelum membuat permohonan, calon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya tiga kursus dan maksima lima kursus.
- Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
- Permohonan perlu dibuat secara online untuk
- Berkelayakan Lepasan SPM atau setaraf di Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012
- Berkelayakan Lepasan SKM atau Sekolah Menengah di Permohonan Kemasukan Ke TEVT dan ILKA Ambilan Julai 2011
Tarikh Tutup
Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA adalah 4 April 2011.
Maklumat
- Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
- Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan Maklumat Syarat Kemasukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
- Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Permohonan ke IPTA, TEVT dan ILKA sebelum membuat permohonan.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi UPU
Helpline : 03 8883 5848 atau
Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau
Faks : 03-8889 4260 atau
E-mel : upu@mohe.gov.my
Sunday, January 9, 2011
TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2011

KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM TAHUN 2011 BOLEHLAH DOWNLOAD TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM DENGAN klik di sini
Monday, December 20, 2010
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2010
Segala teka-teki dan persoalan mengenai tarikh keputusan PMR 2010 telah pun terjawab.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 ini.
Menurut kenyataan tersebut analisis keputusan PMR 2010 juga akan diumumkan pada hari yang sama di pejabat kementerian di Putrajaya.
Keputusan PMR akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari tersebut mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.
Sila
1. Berpakaian kemas/Berpakaian sekolah
2. Sekiranya tidak hadir, sila ambil keputusan di pejabat sekolah
TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMK SEMENCHU YANG BERJAYA. KEPADA PELAJAR YANG KURANG BERJAYA, TERUSKAN USAHA DALAM PEPERIKSAAN SPM 2012. SEMOGA APA YANG ANDA PEROLEHI AKAN MEMBERIKAN BANYAK PENGAJARAN DALAM HIDUP ANDA
Monday, December 6, 2010
Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT dan ILKA Lepasan SPM Fasa 1: Sesi Akademik 2011/2012 Ambilan Julai 2011
1. Maklumat penting kepada calon (wajib dibaca)
2. Applikasi online permohonan (sila isi)
sila klik di atas untuk terus ke laman web dikehendaki
Keputusan Permohonan Kemasukan Ke SMT dan SMV 2011
Semakan Permohonan
- Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011 adalah di Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011.
Rayuan
- Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
- Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
- Sila rujuk Senarai Sekolah Menengah Teknik / Vokasional untuk mendapatkan kod sekolah.
- Sila rujuk Senarai Kursus untuk mendapatkan kod kursus tersebut.
- Borang rayuan boleh dimuat-turun di Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/SMV 2011.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
Friday, November 26, 2010
Thursday, November 4, 2010
Sunday, October 31, 2010
KEMASUKAN KE IPTA PERINGKAT DIPLOMA DAN PROGRAM PERSEDIAAN IPTA, PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA DI INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL & LATIHAN VOKASIONAL
Monday, October 11, 2010
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Tingkatan 4 2011
SILA BACA DENGAN TELITI UNTUK MENGELAKKAN KESILAPAN KETIKA MEMOHON
Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2011.
Aliran
Sekolah Menengah Teknik
- Aliran Teknikal
- Aliran Vokasional
- Aliran Kemahiran
Sekolah Menengah Vokasional
- Aliran Vokasional
- Aliran Kemahiran
Aliran Teknikal
Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Aliran teknikal menyediakan 5 kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan dan AgroTeknologi.
Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran Vokasional
Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Aliran vokasional menyediakan 19 kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Binaan Bangunan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer
Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran Kemahiran
Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri. Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, pelajar boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Aliran kemahiran menyediakan 21 kursus iaitu Pemesinan Am, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor, Mekanik Penyejukan dan Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurupaip, Pelukis Pelan Senibina, Wood Processing and Finishing Technology (Furniture), Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Juruteknik Elektronik Audio Visual, Demi Chef, Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Program Industri Ekuin.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada pelajar aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang pelajar mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Syarat Umum
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah:
- Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.
- Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
- Kesihatan diri pemohon:
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
- Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah tidak rabun warna.
Permohonan
- Permohonan ke SMT dan SMV boleh dibuat dengan dua cara:
- Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.
- Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau SMV yang berdekatan. Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohonan Kemasukan SMT/SMV.
- Pemohon boleh mengemaskini maklumat di borang permohonan sehingga 26 November 2010.
- Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Rayuan Kemasukan
- Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.
- Borang rayuan boleh didapati di Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/V 2011.
Maklumat
- Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.
- Sila semak Senarai Kursus SMT/SMV, Senarai Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan Senarai Laman Web SMT/SMV.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010 sebagai panduan.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2011 belum dimaklumkan lagiDOWNLOAD MAKLUMAT PERMOHONAN SEKOLAH SMV KOTA TINGGI SAHAJA ...di sini

















