Friday, January 14, 2011

Permohonan Kemasukan Ke TEVT & ILKA Ambilan Julai 2011

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU mulai tahun 2011 akan menyelaraskan pusat pengambilan setempat bagi kemasukan ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Institut dan Pusat Latihan

Institut dan pusat latihan yang terbabit adalah;

  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Institut Teknikal Jepun (JMTI)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Mara (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM)
  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Kategori Permohonan

Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA dibahagi kepada kategori berikut;

  1. Lepasan SPM atau setaraf
  2. Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
    • Kategori 1 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 1
    • Kategori 2 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 2
    • Kategori 3 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 3
    • Kategori 4 – Telah mempunyai Sijil SKM Tahap 4/ DKM
  3. Lepasan Sekolah Menengah
    • Kategori O – Memiliki Sekurang-kurangnya Kelayakan UPSR/ SRP/ PMR

Syarat Kemasukan

Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA juga mempunyai syarat am dan khas yang minimum perlu dipenuhi.

Syarat Am

Calon perlu mempunyai kelayakan minimum;

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh pusat latihan atau institusi berdasarkan kursus yang dipohon.

Permohonan

  1. Permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA terbahagi kepada dua;
    • Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SPM atau setaraf
    • Calon yang mempunyai kelayakan Lepasan SKM atau Sekolah Menengah
  2. Permohonan dibuka mulai 10 Januari sehingga 4 April 2011.
  3. Sebelum membuat permohonan, calon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya tiga kursus dan maksima lima kursus.
  5. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  6. Permohonan perlu dibuat secara online untuk

Tarikh Tutup

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA adalah 4 April 2011.

Maklumat

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan Maklumat Syarat Kemasukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
  3. Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Permohonan ke IPTA, TEVT dan ILKA sebelum membuat permohonan.
  4. Sebarang pertanyaan sila hubungi UPU
Hotline : 03 8883 5858 atau
Helpline : 03 8883 5848 atau
Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau
Faks : 03-8889 4260 atau
E-mel : upu@mohe.gov.my

No comments: