1. Jika berjaya bersyukurlah dan jika tidak pun, bersyukurlah kerana pasti ada hikmah bagi kedua-duanya.
2. Manfaatkan masa semaksimum mungkin yang dibekalkan untuk betul-betul mengemaskini segala permohonan dalam talian (online application) yang telah dibuat. Manfaatkan 3 percubaan
yang diberikan untuk memilih dan mengisi borang dengan teliti.
3. Bagi pemilihan kursus atau bidang yang yang bakal diceburi, ambil sedikit usaha untuk bertanya tentang selok belok kursus yang ditawarkan. Pastikan ianya bersesuaian dengan minat dan
citarasa anda
Elakkan daripada membuat keputusan kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan anda. Anda juga boleh bertanyakan kepada cikgu terus mengenai kerjaya lepasan SPM
4. Akhirnya, pastikan mental dan pemikiran anda telah bersedia untuk melangkah ke alam menara gading. Pastikan di sana nanti, anda mengenal pasti rakan-rakan yang baik yang mampu bersama-sama membantu menjaga diri sepanjang pembelajaran di sana.
Awas! Rakan yang baik dan rajin berusaha akan memberi manfaat dan begitulah rakan yang sebaliknya.
5. Bagi yang kurang berjaya untuk memohon, ingatlah ia bukan noktah pengakhiran hidup anda. Carilah peluang-peluang lain yang untuk anda mengembangkan potensi diri anda. Usah berputus
asa dan teruskan berusaha!
6. Banyakkan berbincang dengan guru dan kaunselor atau sesiapa yang lebih pakar dan arif dalam bidang kerjaya!
7. Banyakkan membaca dan membuat persiapan untuk ke tahap yang seterusnya. JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial)
10. Senantiasalah memohon pertolongan dan bantuan daripada
tuhan anda. Insya-Allah..
Bermanfaat bukan?
Permohonan Kemasukan KKTM MJII IKM Januari 2018
7 years ago
No comments:
Post a Comment