Sunday, March 1, 2009

Permohonan Kemasukan Ke IKM Dan KKTM Sesi Julai 2009

Para Pelajar Bumiputera, Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 40 tahun yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) adalah dipelawa untuk mengikuti pengajian kemahiran teknikal peringkat sijil dan diploma di Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) seluruh negara.

Pengambilan sesi Julai 2009 IKM dan KKTM telah pun mula dibuka mulai 15 Februari 2009

Peringkat Sijil
Mekanikal (Pembuatan)
Mekanikal (Services)
Automotif
Awam
Seni dan Rekabentuk
Elektrik
Elektronik


Peringkat Diploma
Mekanikal (Pembuatan)
Mekanikal (Services)
Automotif
Seni dan Rekabentuk
Elektrik
Elektronik



Sila rujuk kepada iklan kursus terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat - syarat dipenuhi.
Sekiranya paparan borang tidak memuaskan sila guna Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan Sistem Pengoperasian Windows 2000,Window XP atau keatas.
Sila isi borang ini dengan teliti. Kesilapan mengisi borang menyebabkan borang anda tidak didaftarkan.
Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan.

Permohonan untuk ke IKM dan KKTM ini perlu dibuat secara online melalui laman web IKMONLINE.

SILA KLIK KAT DIBAWAH UNTUK PENGISIAN BORANG PERMOHONAN

http://online.mara.gov.my/ikmonline/semak.aspx

Maklumat lanjut boleh didapati daripada iklan tawaran serta laman web MARA di www.mara.gov.my dan www.ekemahiran.edu.my. Sementara itu jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA di talian 03 2691 5111 sambungan 3467 atau 3480

No comments: