Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2010 bagi sesi 2010/2011 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai 1 Mei 2010..
Semakan hanya dibuka secara rasmi pada 1 Mei 2010 pukul 12.00 tengahari.
Semakan Keputusan
Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;
- Menghubungi talian 03 8883 5848 atau 03 8883 5858
- Di laman web berikut:
- Secara SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Penerimaan Tawaran
- Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 10 Mei 2010.
- Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
- Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 3 Mei 2010(TB).
- Calon yang berjaya boleh membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA tersebut mulai pada tarikh yang sama. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.
Pendaftaran
- Program Diploma – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 3 dan 4 Julai 2010.
- Program Asasi – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Pusat Asasi IPTA adalah 23 Mei 2010.
Sila rujuk Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA untuk maklumat pembiayaan belajar.
Rayuan
- Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011
- Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
- Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya ke Matrikulasi KPM dan yang telah mendaftar dengan Matrikulasi KPM, boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
- Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 15 Mei 2010 dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga 31 Julai (TB) maka rayuan anda dianggap gagal.
Pilihan Tawaran
Dijangkakan ramai calon yang mempunyai keputusan cemerlang akan menerima lebih daripada satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
- Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
Nota : TB = Tarikh Belum disahkan oleh UPU
No comments:
Post a Comment