Friday, October 16, 2009

Permohonan Kemasukan Program Sijil Kolej Komuniti Januari 2010


Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi sesi pengambilan Januari 2010.

Syarat Memohon

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada semua pemegang sijil SPM/SPM(V)/SPVM dengan sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
  3. Pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik dalam aliran vokasional digalakkan memohon.
  4. Tiada had umur

Senarai Program Sijil

  1. Sijil Multimedia Kreatif (Animasi)
  2. Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu
  3. Sijil Automotif
  4. Sijil Pelukis Pelan Senibina
  5. Sijil Penyenggaraan Bangunan
  6. Sijil Teknologi Elektrik
  7. Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
  8. Sijil Hotel dan Katering
  9. Sijil Fesyen dan Pakaian
  10. Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
  11. Sijil Teknologi Pembinaan
  12. Sijil Teknologi Maklumat
  13. Sijil Perakaunan Perniagaan
  14. Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
  15. Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara
  16. Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
  17. Sijil Rekabentuk Dalaman
  18. Sijil Landskap dan Pengurusan Nurseri
  19. Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut
  20. Sijil Bakeri dan Konfeksionari
  21. Sijil Industri Seramik
  22. Sijil Teknologi Pembuatan Perabot
  23. Sijil Agro Industri

Program Pengajian

  1. Program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut kolej.
  2. Pengajian dilaksanakan secara modular.
  3. Pengajian lebih kepada Hands-on iaitu Amali 75% dan Teori 25%.
  4. Penilaian dilaksanakan secara berterusan di sepanjang tempoh pengajian dan peperiksaan di akhir setiap semester.
  5. Tempoh minima pengajian adalah dua tahun (4 semester) dan tempoh maksima adalah lima tahun (10 semester).

Pembiayaan Pengajian

  1. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil) ialah yuran pengajian adalah sebanyak RM200.00 setiap semester dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja.
  2. Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Pendek pula adalah minimumRM5.00 dan maksimum adalah RM20.00.
  3. Pelajar yang layak diberi elaun sebanyak RM 250.00 sebulan bagi sepanjang tempoh pengajian dari Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK), KPT.
  4. Pelajar boleh memohon pinjaman dari Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), KPT.
  5. Pelajar juga boleh memohon pinjaman/biasiswa dari penaja-penaja lain.

Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) atau manual (borang).
  2. Pemohon hanya boleh memilih salah satu cara sahaja.
  • Secara Dalam Talian (Online)
    1. Permohonan dalam talian (online) boleh dibuat melalui e-Borang di laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
    2. Pemohon perlu membeli nombor pin dengan bayaran RM 6.00 di Bank Simpanan Nasional sebelum mengisi e-Borang.
  • Secara Manual (Borang)
    1. Borang Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh dibeli di mana-mana Kolej Komuniti dengan menggunakan Wang Pos berharga RM 6.00.
    2. Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Kolej Komuniti yang berhampiran.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti bagi Sesi Januari 2010 ditutup pada 13 November 2009.
  2. Pemohon yang menggunakan kaedah online, borang hendaklah diisi dan dihantar sebelum jam 12.00 malam 13 November 2009.

Semakan Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti KPT dijangka boleh disemak mulai 23 November 2009.

Surat Tawaran Dan Pendaftaran

  1. Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-SPKK) boleh dicetak melalui laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
  2. Surat tawaran asal akan diposkan oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti kepada calon yang berjaya.
  3. Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Januari 2010 dijangka perlu mendaftar pada 11 atau 12 Januari 2010.

Rayuan

  1. Bagi calon yang tidak berjaya, tempoh rayuan ialah mulai 23 November 2009 hingga 30 November 2009 bagi proses rayuan pertama.
  2. Rayuan hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.
  3. Keputusan rayuan boleh disemak setiap hari Isnin mulai 7 Disember 2009 sehingga 12 Januari 2010.

Pertanyaan dan Maklumat

  1. Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Sektor Pengurusan Kolej Komuniti.
  2. Sila semak senarai program dan kolej bagi mengetahui program pengajian yang ditawarkan di setiap kolej.
  3. Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi pegawai pengambilan Kolej Komuniti di talian 03 – 8939 4114 / 4164 / 4166 / 4365 / 4143 / 4161 atau talian bebas tol 1 800 88 7755

No comments: