Tuesday, October 20, 2009
Sunday, October 18, 2009
Sistem Penggredan Baru Bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2009
Gred Sedia Ada | Gred Baru | Merit |
| A+ | 18 |
1A | A | 16 |
2A | A- | 14 |
3B | B+ | 12 |
4B | B | 10 |
5C | C+ | 8 |
6C | C | 6 |
7D | D | 4 |
8E | E | 2 |
9G | G | 0 |
(download) PROSEDUR PEMBELIAN PUKAL NOMBOR UNIK ID APLIKASI DALAM TALIAN (ON LINE APPLICATION) PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2010/2011
(download) BAHAN TAKLIMAT PENGISIAN BORANG SLIP BSN-UPU
(download) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/2009 PELAKSANAAN HAD JUMLAH MAKSIMUM 10 MP SPM
(download) SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 4/2009 PERUBAHAN SISTEM PENGREDAN SPM MULAI 2009
Saturday, October 17, 2009
TABIK SETAN
Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.
Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)
ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....
Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan.. kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan.. kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN...??????
Kredit kepada afats11.blogspot.comFriday, October 16, 2009
ILJTM: Program Teknologi Penyelenggaraan Penerbangan Sesi Januari 2010
Borang Permohonan Kemasukan Aviation_2010
Permohonan Kemasukan Program Sijil Kolej Komuniti Januari 2010
Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) bagi sesi pengambilan Januari 2010.
Syarat Memohon
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Terbuka kepada semua pemegang sijil SPM/SPM(V)/SPVM dengan sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik dalam aliran vokasional digalakkan memohon.
- Tiada had umur
Senarai Program Sijil
- Sijil Multimedia Kreatif (Animasi)
- Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu
- Sijil Automotif
- Sijil Pelukis Pelan Senibina
- Sijil Penyenggaraan Bangunan
- Sijil Teknologi Elektrik
- Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
- Sijil Hotel dan Katering
- Sijil Fesyen dan Pakaian
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
- Sijil Teknologi Pembinaan
- Sijil Teknologi Maklumat
- Sijil Perakaunan Perniagaan
- Sijil Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
- Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara
- Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
- Sijil Rekabentuk Dalaman
- Sijil Landskap dan Pengurusan Nurseri
- Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut
- Sijil Bakeri dan Konfeksionari
- Sijil Industri Seramik
- Sijil Teknologi Pembuatan Perabot
- Sijil Agro Industri
Program Pengajian
- Program pengajian yang ditawarkan adalah berbeza mengikut kolej.
- Pengajian dilaksanakan secara modular.
- Pengajian lebih kepada Hands-on iaitu Amali 75% dan Teori 25%.
- Penilaian dilaksanakan secara berterusan di sepanjang tempoh pengajian dan peperiksaan di akhir setiap semester.
- Tempoh minima pengajian adalah dua tahun (4 semester) dan tempoh maksima adalah lima tahun (10 semester).
Pembiayaan Pengajian
- Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Sepenuh Masa (peringkat sijil) ialah yuran pengajian adalah sebanyak RM200.00 setiap semester dan yuran pelbagai sebanyak RM210.00 dibayar semasa pendaftaran semester pertama sahaja.
- Bayaran yang dikenakan bagi Kursus Pendek pula adalah minimumRM5.00 dan maksimum adalah RM20.00.
- Pelajar yang layak diberi elaun sebanyak RM 250.00 sebulan bagi sepanjang tempoh pengajian dari Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK), KPT.
- Pelajar boleh memohon pinjaman dari Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), KPT.
- Pelajar juga boleh memohon pinjaman/biasiswa dari penaja-penaja lain.
Permohonan
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) atau manual (borang).
- Pemohon hanya boleh memilih salah satu cara sahaja.
- Secara Dalam Talian (Online)
- Permohonan dalam talian (online) boleh dibuat melalui e-Borang di laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
- Pemohon perlu membeli nombor pin dengan bayaran RM 6.00 di Bank Simpanan Nasional sebelum mengisi e-Borang.
- Secara Manual (Borang)
- Borang Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh dibeli di mana-mana Kolej Komuniti dengan menggunakan Wang Pos berharga RM 6.00.
- Borang yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Kolej Komuniti yang berhampiran.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti bagi Sesi Januari 2010 ditutup pada 13 November 2009.
- Pemohon yang menggunakan kaedah online, borang hendaklah diisi dan dihantar sebelum jam 12.00 malam 13 November 2009.
Semakan Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti KPT dijangka boleh disemak mulai 23 November 2009.
Surat Tawaran Dan Pendaftaran
- Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-SPKK) boleh dicetak melalui laman web Pengambilan Kolej Komuniti.
- Surat tawaran asal akan diposkan oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti kepada calon yang berjaya.
- Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Januari 2010 dijangka perlu mendaftar pada 11 atau 12 Januari 2010.
Rayuan
- Bagi calon yang tidak berjaya, tempoh rayuan ialah mulai 23 November 2009 hingga 30 November 2009 bagi proses rayuan pertama.
- Rayuan hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.
- Keputusan rayuan boleh disemak setiap hari Isnin mulai 7 Disember 2009 sehingga 12 Januari 2010.
Pertanyaan dan Maklumat
- Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Sektor Pengurusan Kolej Komuniti.
- Sila semak senarai program dan kolej bagi mengetahui program pengajian yang ditawarkan di setiap kolej.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi pegawai pengambilan Kolej Komuniti di talian 03 – 8939 4114 / 4164 / 4166 / 4365 / 4143 / 4161 atau talian bebas tol 1 800 88 7755
Tuesday, October 6, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PMR 2009
Friday, October 2, 2009
PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL 2010
Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2010.
Aliran
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan tiga aliran Sekolah Menengah Teknik iatu Aliran Teknikal, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran. Manakala Sekolah Menengah Vokasional terdapat dua aliran iatu Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran.
Aliran Teknikal
Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan, ekonomi rumahtangga).
Aliran teknikal menyediakan 7 kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, ERT Pengurusan Makanan, ERT Pengajian Pakaian dan Pertanian.
Pelajar-pelajar aliran teknikal menduduki enam mata pelajaran teras pada peringkat SPM di samping mata pelajaran elektif teknikal dan sains.
Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran Vokasional
Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Aliran vokasional menyediakan 18 kursus iaitu Pengaturcaran Komputer, Automotif, Elektrik & Elektronik, Fesyen, Katering, Pelancongan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Penyejukan & Penyamanan Udara,Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Binaan Bangunan, Seni Kecantikan, Perkhidmatan & Perkembangan kanak-kanak, Bakeri, Hortikultur Hiasan & Lanskap, Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang.
Pelajar aliran vokasional menduduki enam mata pelajaran teras yang diambil di samping dua mata pelajaran elektif vokasional.
Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran Kemahiran
Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, pelajar boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Aliran kemahiran menyediakan 19 kurusus dalam 5 bidang yang berbeza iaitu Mekanikal – Pemesin Am, Jurukimpal Arka Logam Berperisai, Pelukis Pelan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara – Domestik, Awam – Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurukerja Paip dan Pelukis Pelan Senibina, Elektrik – Juruteknik Elektrik Rendah, Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan dan Mekanik Teknologi Elektronik Radio dan Video, ERT – Pembantu Penyedia Makanan, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut Muda dan Jurukecantikan, Pertanian – Juruteknik Rendah Akuakultur dan Pekerja Ladang Pertanian.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada pelajar aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang pelajar mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Syarat Umum
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah:
- Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2009.
- Dilahirkan dalam tahun 1994 atau selepasnya.
- Kesihatan
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Perkara-perkara berikut perlu diambil kira:
Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya.
Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
- Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video (Aliran Kemahiran) dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
- Di samping memenuhi syarat-syarat umum di atas, pemohon perlu juga memenuhi syarat-syarat khusus pencapaian minimum PMR bagi aliran dan kursus yang dipohon.
- Sila rujuk Kelayakan Akademik Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran atau terus ke pautan Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
- Sila semak Syarat Khusus pencapaian minimum kelayakan akademik PMR yang diperlukan dan panduan mengisi borang sebelum membuat permohonan.
- Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada 18 Januari 2010. Mereka yang tidak berjaya boleh membuat rayuan terus ke Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.
Maklumat
- Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010.
- Sila semak Senarai Sekolah Teknik untuk mengetahui sekolah, aliran dan kursus yang ditawarkan.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.
Tarikh Tutup
Permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2010 akan ditutup pada 4 Januari 2010PERMOHONAN KE T4 MRSM 2010
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a6e23799-2281-429d-88e9-c159099299d9&groupId=49177