Monday, February 9, 2009

PERJUANGAN SUDAH BERMULA










Acara-acara sebelum sukan akan bermula pada 10 dan 11 Februari 2009. Semua senarai peserta yang mewaakili rumah telah di hantar kepada pegawai kejohanan sukan, En Amran Jasmani dan dengan itu bermulalah untuk menjadi yang terbaik.
Semoga sukan pada tahun ini akan memberikan saingan yang sihat untuk semua peserta yang mewakili rumah Jebat, Kasturi, Lekir dan Tuah. Guru-guru juga telah melatih pelajar-pelajar dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kejohanan pada tahun ini menjadi milik mereka.
Sejak 2 - 3 tahun kebelakang ini juara rumah sering sahaja bertukar ganti. Ini menunjukkan bahawa persaingan yang sihat antara semua rumah memberikan peluang yang sama rata bagi kepada pelajar YANG RAJIN BERUSAHA AKAN BERJAYA ....DAN MENJADI JUARA

Saturday, February 7, 2009

PERMOHONAN APLIKASI DALAM TALIAN KEMASUKAN KE IPTA FASA 2




PERMOHONAN APLIKASI DALAM TALIAN KEMASUKAN KE IPTA

Pelajar-pelajar Lepasan SPM 2008 sila lawati

http://upu.mohe.gov.my/
untuk permohonan anda ke IPTA Program Diploma

Sila hubungi Kaunselor Anda (EN ESHAM) jika terdapat sebarang masalah atau datang sendiri ke sekolah (Unit Bimbingan Dan Kaunseling)


Saturday, January 31, 2009

KENANGAN KEJOHANAN SUKAN SMKS 1988

Lihatlah perbezaan antara sukan pada masa sekolah ini dibuka dengan sekarang. Warga SMKS sekarang ada yang telah berumur 33 tahun. Memang patut kita rasa beruntung dan bertuah dengan apa yang kita lihat dan dapat di SMKS.

Apa lagi yang patut kita lakukan selain daripada melihat nama SMKS terkenal di seluruh Malaysia ataupun sekurang-kurangnya di seluruh Felda di negara ini.



SEKOLAH KITA...Bendera sekolah belum ada lagi masa tu
Dewan belum ada lagi...blok Form 3 kat hujung tu sekarang sedang buat bangunan 3 tingkat dan yang hujung sekali dah roboh



Kejohanan Olahraga Kali I di SMKS






3 Gambar atas ni adalah Pasukan Sofbol SMKS tahun 1989. Kat mana ler diorang ni sekarang yer?. Mungkin dah ramai anak diorang ni.




Sunday, January 25, 2009

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2009

Pelajar-pelajar SMK Semenchu yang memohon ke Ting. 4 sekolah berasrama penuh boleh membuat semakan mulai sekarang di sini

SEMAKAN KE TINGKATAN 4 SBP 2009 SEKARANG

Tahniah kepada yang berjaya seperti

1. SHAMSIYAH BINTI AZLAN - SMS JOHOR (ALIRAN TEKNIKAL)
2. NURUL FARHANA BINTI MAHAMUD - SBP INTEGRASI MESING (SAINS TULEN AGAMA)
3. MUHAMAD HAIRIN BIN ROHMAN - SMS SEREMBAN (SAINS TULEN)

Kepada pelajar-pelajar yang lain, sila buat semakan sendiri dan maklumkan kepada kaunselor anda untuk dokumentasi sekolah.

sekian terima kasih

Wednesday, January 21, 2009

TAWARAN PENGAMBILAN PELAJAR KE KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Kolej Komuniti Bandar Penawar sedang mengambil pelajar baru untuk kemasukan bulan Januari 2009. PelajarPelajar SPM 2007 yang tidak menerima tawaran ke sebarang Pusat Pengajian Pendidikan atau keciciran boleh berjumpa Kaunselor SMK Semenchu, En Esham untuk mendapat borang mulai hari ini hingga 13 Februari 2009.


Permohon boleh memohon secara terus atau 'walk-in' bagi mendapatkan pengesahan kemasukan ke Kolej Komuniti Bandar Penawar


Teruskan pembelajaran anda kerana persaingan pada hari ini akan

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2009

Telah dijalankan pada 15/01/2009

Johan = Rumah Lekir
Naib Johan = Rumah Kasturi
Ke 3 = Rumah Tuah
Ke 4 = Rumah Jebat
Ke 5 = ooops! lupa dah takder

Tahniah kepada yang menang pertandingan merentas desa tahun ini dan yang kalah boleh usaha di dalam pertandingan SUKANTARA DAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN.

Sunday, January 18, 2009

SMSSEKOLAH SMK SEMENCHU



KEPADA SEMUA PELAJAR SMK SEMENCHU,
SILA MAKLUMKAN KEPADA IBU BAPA ANDA BAHAWA SMK SEMENCHU KINI MEMPUNYAI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) YANG DAPAT MENGHUBUNGKAN TERUS PIHAK SEKOLAH DENGAN IBU BAPA.

KEPADA IBU BAPA YANG BERMINAT DI PERINGKAT AWAL INI BOLEH MENDAFTAR DENGAN MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH DI ATAS.
SILA PASTIKAN BAYARAN KREDIT BAGI PENGGUNA KAD PRABAYAR MENCUKUPI APABILA MEMBUAT PENGAKTIFAN
JANGAN AKTIFKAN SEKARANG KERANA TARIKH PENGAKTIFAN BERMULA AKAN DIBERITAHU.

Tuesday, December 30, 2008

JANGAN MENGELUH

Jangan mengeluh bila bas penuh untuk ke sekolah. Lepas tu dah tak nak gi sekolah...ponteng ler tu...suruh mak ayah beli motor pulak..mengeluh keke berdiri dalam bas dan seribu macam alasan

tengok kat atas tue...berasak-asak. Penuh melantun...selamba ajer diorang...siap happy lagi tu..

akhir kata...SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH MINGGU DEPAN BAGI SESI 2009

DPD...CIKGU ESHAM

DOA UNTUK KEDUA-DUA IBU BAPA KITA

Dato dr.fazilah pernah berkata......." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ mati ) ".........nescaya pintu rezeki mu akan terbuka buat kamu...

Assalammualaikum semua;

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Conclusions:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, ilmu dsb nya..)
Wassalam, download doa keluarga:

download

Friday, December 26, 2008

GAMES: BALING BUSH

KLIK SINI....CUBA ANDA PULAK BUAT YER

Thursday, November 27, 2008

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2008

MULAI 28 NOVEMBER 2008 SEMUA CALON-CALON SPM 2008 BOLEH MENGGUNAKAN PUSAT AKSES (CYBERZONE) SMK SEMENCHU BAGI MENGISI MAKLUMAT UPU FASA 1

BERIKUT ADALAH TARIKH BAGI ANDA BOLEH MENGGUNAKAN CYBERZONE BAGI TUJUAN TERSEBUT;

28.11.2008 (JUMAAT)
03.12.2008 (RABU)
04.12.2008 (KHAMIS)
05.12.2008 (JUMAAT)
08.12.2008 (ISNIN)
09.12.2008 (SELASA)
10.12.2008 (RABU)
11.12.2008 (KHAMIS)

CYBERZONE AKAN DIBUKA MULAI JAM 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI SEBAGAIMANA TARIKH DI ATAS.

SEGALA KERJASAMA ANDA DIUCAPKAN TERIMA KASIH.

SILA LAYARI www.mohe.gov.my dan KOD SEKOLAH: JEA3046

Monday, November 24, 2008

NEW STYLE OF BIKING
AMARAN: JANGAN TIRU KERANA IANYA PROFESIONAL

JAUHI REMPIT DI MASA CUTI

Tuesday, November 18, 2008

Telinga dia...

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yangmempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyaipenampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesitemuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contactlens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakaicermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!

Thursday, November 13, 2008

PENGUMUMAN

KEPADA SEMUA EX-STUDENT SMK SEMENCHU,

SILA HANTARKAN MAKLUMAN TERKINI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN ANDA UNTUK SEKOLAH MENYERTAI PERTANDINGAN SEKOLAH CEMERLANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2009

MAKLUMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

NAMA:
TAHUN DI SMK SEMENCHU: DARI TAHUN ? HINGGA ?
PENDIDIKAN SELEPAS DI SMK SEMENCHU:
PEKERJAAN SEKARANG: jika berkenaan

atau e-mail di smks88@gmail.com

SELAMAT BERCUTI


Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar SMK Semenchu. Semoga cuti anda akan dapat dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Tinggalkan lah perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat atau mungkin meninggalkan kekesalan yang mungkin tidak dapat dilupakan.


SAYANGI DIRI ANDA DEMI MASA DEPAN YANG GEMILANG

PENGUMUMAN UPU

PENGUMUMAN PENTING!
Kepada semua pelajar SPM 2008
Tempahan anda untuk No Unik ID permohonan melalui UPU sedang diproses
Pelajar-pelajar yang tidak menghantar salinan KP dan Slip BSN atau salah satu daripadanya tidak akan dilayan
Anda dikehendaki membuat pembelian secara individu di BSN

Tuesday, November 11, 2008