Monday, April 5, 2010

Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin @ bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang memohon kursus ke tahap SKM yang lebih tinggi dari sedia ada atau kursus (Penjaga Jentera Elektrik A1 (SLC02) atau kursus Penjaga Jentera Elektrik A4 (SLC03)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Kemudahan

  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.
Permohonan
  • Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Online Permohonan Kemasukan ke IKBN.
  • Sila rujuk Iklan IKBN untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bidang kursus, sijil dan tahap, tempoh kursus, pusat IKBN yang menawarkan kursus, kelayakan akademik dan sinopsis kursus sebelum membuat permohonan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IKBN sesi Julai 2010 ini ditutup pada 18 April 2010.

Maklumat

  • Pemohon dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam sebelum tarikh tutup permohonan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
  • Sila rujuk laman web interaktif Kementerian Belia dan Sukan atau laman web utama KBS untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Monday, March 29, 2010

MAKLUMAN PERTUKARAN



PN FAZLIAH BT YUSOF
Telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kota Jaya

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Semenchu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala sumbangan dan khidmat cemerlang yang telah diberikan kepada semua pelajar, guru-guru dan semua warga SMK Semenchu. Semoga terus menyumbangkan khidmat bakti yang lebih cemerlang di tempat baru


PN ANIDA BT AHMAD

Selamat Datang dan Selamat Bertugas
Semoga Unit Bimbingan Dan Kaunseling akan lebih cemerlang dengan perkhidmatan yang diberikan

Sunday, March 14, 2010

STRATEGI PEMILIHAN PROGRAM

  • Pemilihan program berdasarkan minat calon.
  • Jangan memohon program yang tidak memenuhi syarat kelayakan. Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan masuk secara automatik akan ditolak oleh sistem, hal ini akan merugikan pemohon.
  • Pemilihan juga perlu melihat kepada persaingan program tersebut.
  • Membuat pemilihan program yang tepat berdasarkan faktor seperti di atas.
  • Mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan dari Fakulti yang berkenaan, kaunselor / kampus cawangan yang berhampiran dengan tempat calon.
  • Calon perlu memilih program yang sesuai dengan kelayakan untuk mengelak dari bersaing dengan pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik.
  • Bersedia bersaing bagi memilih program pengajian yang kompetitif kerana bilangan tempat yang disediakan adalah terhad. Markah merit bagi program kompetitif juga adalah tinggi.
INI DAPAT MENGELAKKAN DARI:
  • Calon memohon program yang tidak memenuhi syarat kemasukan dan bersaing dengan calon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik.
  • Calon memohon program yang jumlah pengambilannya terhad.
  • Calon memohon pertukaran program
ihsan http://pengambilan.uitm.edu.my

Saturday, March 13, 2010

FACON EDUCATION FAIR 2010



Permohonan Secara Online bagi Lepasan SPM 2009

Permohonan Tajaan JPA Dan MARA Untuk Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2009

Karnival Pendidikan MARA 2010


Tujuan

karnival ini diadakan adalah untuk mem pendedahan maklumat tentang peluang pendidikan khususnya kepada pelajar lepasan SPM/STPM serta orang ramai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Lokasi

Tarikh Tempat Masa
12 – 14 Mac PWTC, Kuala Lumpur 10.00 am – 6.00 pm
19 – 20 Mac Pejabat MARA Negeri Sarawak, Kuching 9.00 am – 5.00 pm
24 – 25 Mac Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu 9.00 am – 5.00 pm
28 – 29 Mac Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu 10.00 am – 6.00 pm
3 – 4 April Bangunan Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar 10.00 am – 6.00 pm
10 – 11 April Plaza Angsana, Johor Bahru 10.00 am – 6.00 pm

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA


Pemohon perlulah mendapatkan dahulu ID PPUM di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM5.00 (termasuk caj RM1.00 Bank Simpanan Nasional).

Pemohon/wakil hendaklah membawa bersama Kad Pengenalan Baru/salinan Kad Pengenalan pemohon semasa datang ke kaunter BSN. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan ID PPUM.

Salinan resit ini hendaklah disimpan sebagai rujukan.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengikuti latihan berikut:
Nama Program :

1) DIPLOMA KEJURURAWATAN
2) DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
3) DIPLOMA RADIOGRAFI

Umur : Berumur 18 hingga 30 tahun

Jantina : Lelaki dan perempuan

Taraf Perkahwinan : Bujang

Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tajaan : Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)

Kelayakan Akademik
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

(a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris, Matematik
dan satu mata pelajaran lain, SERTA
(b) Bagi Program (1) memperolehi kepujian bagi mata pelajaran Sains Teras ATAU lulus dalam
dua mata pelajaran Sains Tulen dipilih daripada Biologi, Kimia dan Fizik
(c) Bagi Program (2) memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan
dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
(d) Bagi Program (3) memperolehi kepujian dalam 2 mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan
dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)

Taraf Kesihatan
Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai
untuk mengikuti latihan.

Ikatan perjanjian :
Calon-calon yang berjaya menamatkan program dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 5 tahun.

Tarikh Permulaan Program : 1 Julai 2010
Tarikh Tutup : 21 Mac 2010 (sehingga 12.00 tengah malam)

Cara Permohonan :

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my atau
melalui laman web kami di http://www.ummc.edu.my dengan mendapatkan ID PPUM berharga
RM5.00 di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj
perkhidmatan Bank Simpanan Nasional) mulai 8 Mac 2010.
2. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad
pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah
disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
3. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak status permohonan melalui laman web PPUM mulai 5 April 2010 dan keputusan pemilihan calon pada 1 Jun 2010.

PERHATIAN : Hanya calon yang di senarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Thursday, March 4, 2010

TAKLIMAT PEMILIHAN KURSUS LEPASAN SPM 2009

UNTUK MAKLUMAN LEPASAN SPM 2009

Jika sekiranya benar sungguh bagai dikata...SPM akan keluar pada 11.03.2010 semua lepasan SPM diminta hadir ke sekolah sebagaimana di bawah:

TARIKH : 12.03.2010 (JUMAAT)
MASA: 9.00 pagi - 11.00 pagi
TEMPAT: DEWAN SMK SEMENCHU

SATU TAKLIMAT PEMILIHAN KURSUS DI IPTA/IPTS AKAN DIADAKAN
SILA BAWA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009 ANDA UNTUK RUJUKAN KAMI.

Tarikh result SPM 2009

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan 11 Mac ini (Khamis).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 manakala STAM 6,920 calon.

Afni's Son: kepada semua lepasan SPM dan STAM 2009..wish u all a very good luck..dipetik daripada ( http://3luv.blogspot.com

Saturday, February 27, 2010

PERMOHONAN ONLINE

KLIK PADA LOGO DI BAWAH DAN ANDA AKAN KE PERMOHONAN SECARA ONLINE

Kepada semua pelajar anda diminta membaca terlebih dahulu syarat-syarat kemasukan dan maklumat lain di laman web IPTS di atas

KEPUTUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2010

MERENTAS DESA
1. LEKIR
2. JEBAT
3. KASTURI
4. TUAH

SUKANTARA
1. LEKIR
2. KASTURI
3. JEBAT
4. TUAH

OLAHRAGA
1. LEKIR
2. KASTURI
3. JEBAT
4. TUAH

Itulah yang dikatakan usaha......hanya mereka yang berusaha dan mempunyai semangat juang yang tinggi tanpa erti putus asa akan mencipta KEJAYAAN
SELEPAS INI KITA BERUSAHA MENCIPTA KEJAYAAN AKADEMIK PULA DEMI MENCAPAI KEJAYAAN YANG SAMA

Friday, February 26, 2010

Permohonan Kemasukan Politeknik KPT Sesi Jun 2010

Syarat Am

  • Warganegara Malaysia
  • Mesti lulus Bahasa Melayu peringkat SPM sebelum atau semasa pengajian di Politeknik untuk layak dianugerahkan diploma.

Syarat Khas

  • Syarat akademik untuk memohon politeknik adalah berbeza mengikut lulusan pemohon dan program pengajian yang dipohon.
  • Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT adalah dbuka untuk;
    • Lulusan SPM dan setaraf
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Pendidikan Khas KPM
  • Sila rujuk di Maklumat Permohonan di laman web Politeknik untuk mengetahui syarat akademik yang ditetapkan.

Permohonan

  • Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (online) melalui laman web http://www.politeknik.edu.my kecuali bagi lulusan Pendidikan Khas KPM.
  • Permohonan Sesi Jun 2010 yang memenuhi syarat dan masih belum mendapat sebarang tawaran akan diproses semula bersama-sama dengan permohonan sesi berikutnya.
  • Pemohon baru dan pemohon Sesi Jun 2010 boleh membuat kemaskini maklumat permohonan mereka sebelum tarikh tutup.
  • Pemohon baru perlu membeli nombor PIN di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang atau terlupa.
  • Pemohon patut mencetak permohonan sebagai dokumen pengesahan penghantaran dan disimpai sebagai rujukan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Politeknik sesi Jun 2010 ini akan ditutup pada 2 April 2010.
  • Keputusan permohonan Politeknik KPT kemasukan Sesi Jun 2010 dijangka akan diumumkan pada 8 Mei 2010.

Sunday, February 21, 2010

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010

Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini merangkumi kursus persediaan selama satu tahun enam bulan dan latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang yang dipilih.

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990.
  3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta;
    • Lulus Bahasa Inggeris
  6. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Cara Memohon
  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2010.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan
Maklumat